PERSEPSI PEMIMPIN PELAJAR TERHADAP KOMUNIKASI KEPIMPINAN DI UNIVERSITI
Abstract
Kajian lepas telah banyak memberi pengetahuan tentang kesan kepimpinan terhadap konsep gaya komunikasi kepimpinan dan ciri-ciri komunikasi kepimpinan. Namun, tidak banyak kajian yang dijalankan khusus dalam meneroka dan memahami gaya komunikasi kepimpinan dan ciri-ciri komunikasi kepimpinan dalam golongan belia di institusi pengajian tinggi. Oleh itu, kajian ini bermatlamat untuk meneroka gaya komunikasi kepimpinan dan ciri-ciri komunikasi kepimpinan yang sering digunakan oleh pemimpin pelajar. Untuk mencapai matlamat tersebut, analisis kaedah temubual terhadap 15 orang pemimpin pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dilaksanakan. Hasil kajian mendapati tiga gaya komunikasi kepimpinan yang sering digunakan iaitu gaya kepimpinan karismatik, transaksional dan transformasional. Manakala ciri-ciri komunikasi kepimpinan mempunyai lima tema utama iaitu peramah, memahami, mengawal emosi, responsif dan tegas. Kajian ini dapat menambah pengetahuan kepada kajian kepimpinan belia terutamanya di Malaysia kerana kajian yang dilakukan pada komunikasi kepimpinan terhadap pemimpin pelajar masih terhad. Selain itu, kajian ini juga telah membangunkan satu rangka kerja yang menyeluruh bagi teori kepimpinan yang berteraskan gaya dan ciri komunikasi kepimpinan dalam konteks komunikasi kepimpinan di universiti.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Joyce Cheah Lynn-Sze, & Nurul Nadia Mohd Azmi. (2024). PERSEPSI PEMIMPIN PELAJAR TERHADAP KOMUNIKASI KEPIMPINAN DI UNIVERSITI. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 4(14). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1994
Issue
Section
Articles