JUVANA DARI PERSPEKTIF SISTEM PERUNDANGAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM: SATU ANALISIS
Abstract
Tafsiran juvana di dalam perundangan sivil di Brunei ialah seseorang yang telah mencapai 7 tahun tetapi belum mencapai umur 18 tahun. Mana-mana kes-kes juvana delinkuen akan dihadapkan di Mahkamah Juvana yang dikendalikan oleh seorang Majistret bersama dua orang penasihat dari Badan Penasihat yang dilantik oleh Ketua Hakim. Walau bagaimanapun, kes-kes melibatkan golongan ini hanyalah berkaitan perundangan sivil sahaja sedangkan sistem perundangan di Negara Brunei Darussalam telah mengamalkan dualisme iaitu sivil dan Syariah. Perundangan Syariah di Negara ini memperuntukkan seseorang yang mencapai umur 15 tahun sudah dikira mukallaf. Ini menimbulkan masalah apabila seseorang yang berumur 15 hingga 18 tahun dikira dewasa menurut peruntukan undang-undang berkenaan dan akan dihukum seperti orang dewasa jika melakukan jenayah Syariah. Kertas kerja ini akan mengupas tentang juvana dari sudut perundangan sivil dan Syariah di mana penulis akan menggunakan metodologi perbandingan mengenainya dengan menimbulkan isu yang berkaitan. Hasil daripada kajian ini penulis akan membuat penilaian dan cadangan agar kemaslahatan masyarakat khususnya golongan juvana di Negara Brunei Darussalam terjaga.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Haji Zuneidy Jumat. (2024). JUVANA DARI PERSPEKTIF SISTEM PERUNDANGAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM: SATU ANALISIS. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 4(14). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1998
Issue
Section
Articles