FAKTOR SABAH, SARAWAK DAN JOHOR DALAM PEMBENTUKAN KERAJAAN PUSAT MALAYSIA: ANALISIS PILIHANRAYA UMUM KE-13 DAN KE-14

Authors

  • Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Mat Yazid Program Hubungan Antarabangsa, Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Kota

Abstract

Artikel ini membincangkan faktor pencapaian anggota parlimen yang dicapai oleh negeri Sabah, Sarawak dan Johor dalam pilihanraya umum ke-13 dan ke-14 dan hubungannya dengan pembentukan kerajaan pusat. Sejauhmanakah tiga buah negeri ini mempunyai hubungan dan pengaruh yang besar terhadap penentuan parti politik manakah yang akan berjaya membentuk kerajaan pusat? Mengapa tiga buah negeri ini dianggap penting dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap parti politik manakah yang mampu membentuk kerajaan persekutuan? Kajian ini menggunakan data-data sekunder berasaskan keputusan yang diperolehi daripada keputusan sebenar pilihanraya umum, bukannya perubahan anggota yang berlaku selepas keputusan (anggota yang lompat parti dan seumpamanya). Kajian ini mendapati bahawa anggota parlimen dan keputusan yang dicapai di tiga buah negeri ini mempunyai pengaruh yang besar terhadap pembentukan kerajaan pusat. Ini kerana tiga buah negeri ini adalah antara tiga buah negeri yang mempunyai bilangan kawasan parlimen yang besar. Kekuatan BN berjaya membentuk kerajaan pusat dalam pilihanraya umum ke-13, 2013 adalah kerana sumbangan besar jumlah parlimen daripada tiga buah negeri ini. Keadaan berubah apabila tiga buah negeri telah berubah dalam pilihanraya umum ke-14 kepada berpihak kepada parti politik bukan BN. Parti komponen BN gagal mempertahankan kedudukannya di tiga buah negeri ini sebagaimana sebelum Pilihanraya Umum ke-14. Kemenangan besar anggota parlimen Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Umum ke-14, 2018 menyumbang kepada kemenangan PH secara keseluruhan dan kegagalan BN mempertahankan kuasa kerajaan pusat. Kedudukan tiga buah negeri ini dilihat penting dalam menentukan parti politik yang akan menguasai kerajaan pusat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Mat Yazid. (2024). FAKTOR SABAH, SARAWAK DAN JOHOR DALAM PEMBENTUKAN KERAJAAN PUSAT MALAYSIA: ANALISIS PILIHANRAYA UMUM KE-13 DAN KE-14. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 4(14). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2001