PEMERDAGANGAN MANUSIA DI MALAYSIA : ISU DAN USAHA MEMBANTERAS
Abstract
Pemerdagangan manusia merupakan satu isu yang melanda dunia secara global. Hal ini menunjukkan bahawa dunia sedang berdepan dengan konflik pemerdagangan manusia pada tahap yang membimbangkan dan memerlukan keprihatinan daripada semua pihak. Isu pemerdagangan manusia merupakan isu global yang melanda kebanyakan negara di dunia. Situasi ini menuntut kerajaan pelbagai negara termasuklah kerajaan Malaysia untuk berusaha menangani isu pemerdagangan manusia melalui pelbagai pendekatan. Sehubungan itu, artikel ini akan membincangkan berkaitan isu pemerdagangan manusia di Malaysia dan usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia bagi menangani isu tersebut. Metod penulisan bagi tinjauan usaha membanteras isu pemerdagangan manusia di Malaysia adalah berasaskan pendekatan kualitatif iaitu melalui analisis kandungan ke atas sumber laporan kerajaan, jurnal ilmiah, buku, artikel dan akhbar berkaitan. Artikel ini diharapkan agar dapat menyumbang kepada korpus ilmu di samping memberi pemahaman terhadap isu dan usaha yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani isu pemerdagangan manusia yang berlaku di Malaysia pada hari ini.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Nurul Amirah Hamzah, Nooraini Othman, & Wardatul Aishah Musa. (2024). PEMERDAGANGAN MANUSIA DI MALAYSIA : ISU DAN USAHA MEMBANTERAS. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 4(15). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2017
Issue
Section
Articles