PENGARUH BAHASA ROJAK DI MEDIA BAHARU TERHADAP BAHASA KEBANGSAAN
Abstract
“Bahasa Jiwa Bangsa’ dan ‘Bahasa Menunjukkan Bangsa’ merupakan peribahasa Melayu untuk menanam pegangan dan jati diri dalam kalangan masyarakat Malaysia. Peribahasa Melayu ini sering diuar-uarkan di media elektronik mahupun di media cetak. Kempen ini menegaskan bahawa bahasa adalah tunjang sesuatu bangsa. Usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan memerlukan sokongan padu dan komitmen daripadamasyarakat terutama pada era teknologi maklumat dan komunkasi (ICT). Namun, dalam mereka terlalu asyik dan lalai menggunakan media baharu, mereka sering menggunakan percampuran bahasa iaitu bahasa rojak dalam kehidupan seharian. Bahasa rojak adalah disebabkan sikap segelintir masyarakat yang tidak peka bahawa penggunaan bahasa kebangsaan kini kian terhakis disebabkan penggunaan bahasa rojak. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh bahasa rojak di media baharu tehadap Bahasa Kebangsaan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif yang mana data diperoleh sepenuhnya menerusi temubual secara mendalam. Seramai 5 orang informan terlibat dalam kajian terdiri daripada pelajar Komunikasi Media Baharu, Universiti Malaysia Perlis.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Hidayah Shafiee, Ahmad Fahmi Mahamood, Abdul Rahman Abdul Manaf, Tengku Kastriafuddin Shah Tengku Yaakob, Abdul Jalil Ramli, Zuraidi Ahmad Mokhdzar, Jamsari Jamaluddin, Maskor Bajuri, & Mohd Erpi Mohd Ali. (2024). PENGARUH BAHASA ROJAK DI MEDIA BAHARU TERHADAP BAHASA KEBANGSAAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 4(15). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2018
Issue
Section
Articles