MAJLIS PENASIHAT SYARIAH SEBAGAI RUJUKAN KEHAKIMAN DALAM PERTIKAIAN KONTRAK BAY ‘INAH DI MAHKAMAH SIVIL DI MALAYSIA

Authors

  • Sharifah Athirah Wan Idrus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Mat Noor Mat Zain Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Mohd Al-Adib Samuri Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia

Abstract

Sistem Kewangan Islam di Malaysia semakin berkembang dari semasa ke semasa dengan catatan pencapaian melebihi sasaran 20 peratus pada tahun 2016 seperti yang dihasratkan dalam Pelan Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia. Kemajuan terpenting industri kewangan Islam ini perlu sejajar dengan kemajuan kerangka perundangan yang efektif bagi mewujudkan suasana yang menyokong pembanggunan industri tersebut. Akta Bank Negara Malaysia 2009 telah memperuntukkan kepada badan kehakiman dan penimbang tara untuk merujuk apa-apa persoalan Syariah berhubung kes-kes kewangan Islam kepada Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia. Namun begitu, masih terdapat beberapa kes yang diputuskan masih tidak merujuk kepada Majlis Penasihat Syariah. Kertas kerja ini akan menganalisis rujukan beberapa kes kontrak Bay‘ Inah. Metodologi penyelidikan ini mengguna pakai pendekatan kajian kualitatif melalui kajian kes berdasarkan kes-kes kontrak Bay‘ Inah yang telah diputuskan di Mahkamah Sivil. Hasil analisis daripada 8 kes kontrak Bay‘ Inah daripada tahun 2009 sehingga tahun 2018 mendapati hanya 7 kes yang merujuk kepada Majlis Penasihat Syariah meliputi isu Syariah yang melibatkan prinsip kontrak manakala baki satu kes tidak merujuk disebabkan tiada keperluan untuk merujuk kepada Majlis Penasihat Syariah. Kajian ini dijangka dapat memberi perkembangan berhubung kedudukan perundangan dan peranan statutori Majlis Penasihat Syariah terhadap keputusan mahkamah dalam kes kewangan Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Sharifah Athirah Wan Idrus, Mat Noor Mat Zain, & Mohd Al-Adib Samuri. (2024). MAJLIS PENASIHAT SYARIAH SEBAGAI RUJUKAN KEHAKIMAN DALAM PERTIKAIAN KONTRAK BAY ‘INAH DI MAHKAMAH SIVIL DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 4(15). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2022