ERA DARURAT 1948-1960; STRATEGI DAN PERANCANGAN PIHAK KERAJAAN MEMERANGI ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA(PKM)

Authors

  • Mohd Kasri Saidon Muzium Pengurusan,Universiti Utara Malaysia

Abstract

Artikel ini adalah tentang perancangan dan implimentasi yang dilakukan pihak kerajaan dalam era darurat ketika berhadapan dengan ancaman pihak Parti Komunis Malaya (PKM). Ancaman dan serangan yang dilakukan pihak PKM tersebut telah mengugat kestabilan sosial, politik dan ekonomi negara kita itu. Dua tokoh kepimpinan dari Britain telah menjadi tunggak kepada pelan pihak kerajaan untuk memerangi musuh. Asasnya dari Harold Briggs dengan perancangan menyekat penyerapan musuh kedalam masyarakat umum. Kematian Briggs akibat kemalangan telah digantikan dengan Gelard Templer seorang pegawai tinggi tentera yang berpengalaman. Pihak kerajaan memperkemaskan semua aspek pertahanan dan keselamatan dari dicerobohi musuh. Aspek teras keselamatan seperti tentera dan polis diperkemaskan, dipihak awam pasukan bantuan pertahanan dan pembangunan insaniah dimantapkan dan menjadi benteng yang kukuh secara keseluruhan. Jelas membuktikan pelan dan strategi yang menyeluruh ini telah berjaya menyekat pihak musuh dari meluaskan gerakan mereka dan sekaligus memenangkan pihak kerajaan. Darurat berlangsung selama 12 tahun tamat dalam tahun 1960 apabila negara diisytiharkan aman dari kekacauan Komunis.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mohd Kasri Saidon. (2024). ERA DARURAT 1948-1960; STRATEGI DAN PERANCANGAN PIHAK KERAJAAN MEMERANGI ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA(PKM). INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 4(15). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2024