KESAN PRINSIP KETERIKATAN MADHHAB DALAM PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA

Authors

  • Mohd Zakhiri Md Nor Universiti Utara Malaysia
  • Hairuddin Megat Latif Universiti Utara Malaysia
  • Mohammad Azam Hussain Universiti Utara Malaysia
  • Md Rejab Md Desa Universiti Utara Malaysia
  • Al Hanisham Mohd Khalid Universiti Utara Malaysia
  • Muhammad Azri Mohd Akhir Universiti Utara Malaysia

Abstract

Isu perbezaan pandangan dalam kalangan ulama dari pelbagai madhhab mengenai sesuatu permasalahan feqah yang tiada kesepakatan menimbulkan kekeliruan teutamanya kepada golongan masyarakat awam. Ianya mampu dikawal melalui keluhuran undang-undang dan perlembagaan yang dipelihara hingga kini. Kajian ini bertujuan merungkai sejauhmana keterikatan kepada mazhab dalam perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia. Penyelidik memfokuskan kepada satu objektif iaitu:(1)mengkaji kesan keterikatan madhhab dalam perlaksanan undang-undang Islam di Malaysia. Penyelidik telah manjalankan penyelidikan berbentuk kualitatif yang disokong oleh temubual yang dijalankan ke atas responden yang mempunyai autoriti dalam perundangan serta mengalisa data-data berkaitan. Dapatan kajian menemukan bahwa tiada sebarang penyataan yang jelas mengenai kedudukan keterikatan madhhab dalam Perlembagaan Persekutuan. Tetapi, wujud pernyataan yang jelas mengenai kedudukan keterikatan madhhab dalam undang-undang yang berkuatkuasa di negeri-negeri di Malaysia. Kesan-kesan keterikatan pula dilihat berbeza ke atas mufti, hakim dan juga orang awam. Mufti dan orang awam tertakluk kepada peruntukan undang-undang di peringkat negeri. Manakala hakim hanya cenderung merujuk pandangan madhhab muktabar terutamanya madhhab Syafie tetapi tidak terikat dengan undang-undang dalam melaksanakan tugasan mereka. Penerimaan pandangan daripada madhhab muktabar yang lain ataupun di luar dari lingkungan empat madhhab muktabar adalah berkepentingan untuk menjaga kemaslahatan awam dalam realiti semasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mohd Zakhiri Md Nor, Hairuddin Megat Latif, Mohammad Azam Hussain, Md Rejab Md Desa, Al Hanisham Mohd Khalid, & Muhammad Azri Mohd Akhir. (2024). KESAN PRINSIP KETERIKATAN MADHHAB DALAM PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA . INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 4(15). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2030