AMALAN KOMUNIKASI DAKWAH SEMASA KELAS BIMBINGAN FARDU AIN ORANG ASLI MUSLIM DI SELANGOR
Abstract
Kajian lepas menunjukkan tahap penghayatan ajaran Islam dalam kalangan Orang Asli muslim masih rendah. Keadaan ini menjadikan mereka tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna. Antara faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku ialah mereka kurang berusaha mendalami ilmu pengetahuan asas dalam Islam seperti akidah dan syariah. Justeru, mereka memerlukan bantuan yang berterusan daripada pendakwah yang boleh membimbing mereka dalam mempraktikkan ajaran Islam khususnya asas fardu ain supaya tahap penghayatan mereka terhadap ajaran Islam boleh meningkat. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti pendekatan komunikasi yang digunakan oleh pendakwah ketika membimbing masyarakat orang Asli muslim daripada sudut fardu ain. Data diperolehi daripada temubual mendalam bersama sembilan orang pendakwah yang aktif membimbing masyarakat Orang Asli muslim di Selangor. Kajian ini mendapati pendekatan komunikasi yang banyak digunakan ketika membimbing masyarakat Orang Asli menghayati asas fardu ain ialah komunikasi dakwah secara al-hikmah. Ia merangkumi aspek mengutamakan sesuatu perkara yang paling penting dalam senarai keutamaan khususnya dalam penyampaian mesej komunikasi, berkomunikasi dengan sasaran mengikut aras dan tahap pemikiran mereka, memberikan penjelasan sesuatu mesej komunikasi secara bertahap dan memberikan tumpuan kepada elemen emosi dan perasaan serta akal fikiran ketika berkomunikasi dengan sasaran dalam kelas bimbingan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Zulkefli bin Aini, Abdul Ghafar bin Don, Anuar bin Puteh, & Nur Damia Husna binti Nor Sad. (2024). AMALAN KOMUNIKASI DAKWAH SEMASA KELAS BIMBINGAN FARDU AIN ORANG ASLI MUSLIM DI SELANGOR . INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 4(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2037
Issue
Section
Articles