PERBANDINGAN SISTEM MEDIA MALAYSIA DAN CHINA BERDASARKAN TEORI SISTEM MEDIA MCQUAIL

Authors

  • Noor Aziah Abdullah Universiti Utara Malaysia
  • Rohana Mijan Universiti Utara Malaysia

Abstract

Konsep sistem media pada kurun ke 20 tidak dapat diaplikasikan dalam konsep sistem media pada kurun ke 21. Perbezaan ini adalah berdasarkan kepada kerangka sistem media itu sendiri yang mana pada kurun ke 20 dilihat konsep media nasional mendominasi dan kerajaan dilihat sangat ketara sebagai ‘benchmark’ kepada kerangka sistem media.Oleh kerana sistem media didominasi dengan Teori Empat Akhbar (Siebert et al. 1956), maka muncullah teori baru yang telah di perkembangkan sejajar dengan perkembangan teknologi media iaitu Teori Normatif Media McQuail (2010).Teori Normatif Media McQuail (2010) memperkenalkan empat model sistem media iaitu model sistem media bebas (a liberal pluralist or market model, model) sistem media tanggungjawab sosial (a social responsibility or public interest model), model sistem media profesion kewartawanan (a professional model) dan model sistem media alternatif (an alternative media model). Justeru itu, kertas kajian ini bertujuan mengupas perbandingan model sistem media Malaysia dan negara China kini, berdasarkan pembolehubah kebebasan, intervensi kerajaan dan kawalan dari tinjauan terhadap kajian lepas.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Noor Aziah Abdullah, & Rohana Mijan. (2024). PERBANDINGAN SISTEM MEDIA MALAYSIA DAN CHINA BERDASARKAN TEORI SISTEM MEDIA MCQUAIL. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 4(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2041