IDENTITI BUDAYA DAN SEMANGAT PATRIOTISMA NEGARA ASAL DALAM PENGEKALAN AKADEMIK EKSPATRIAT DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

Authors

  • Irma Wani Othman Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Identiti budaya adalah lambang diri di atas penerapan set nilai, kepercayaan dan tingkah laku yang mengikat pendirian individu dalam mencorak jalinan pemikiran dan amalan setiap individu yang berada di dalam budaya tersebut. Dalam konteks kajian ini, cabaran globalisasi berkaitan dengan kebolehan organisasi mengurus kepelbagaian budaya telah membawa kepada kesan signifikan terhadap kebolehsuaian silang budaya dalam pengekalan ekspatriat. Perkara yang diberi tumpuan termasuklah aspek identiti budaya dan semangat patriotisme dalam kalangan kakitangan antarabangsa yang memperlihatkan perbezaan idealisme antara budaya negara asal dan negara tuan rumah. Dengan mengutilasikan pendekatan naratif, kertas kerja ini berjaya merungkai pandangan berhubung identiti budaya dan semangat patriotisme kalangan ahli akademik di universiti awam Malaysia. Penggunaan reka bentuk kajian kes telah mengenal pasti interaksi persekitaran suatu kelompok sosial yang melibatkan sama ada individu, kumpulan, institusi mahupun komuniti setempat menerusi pembinaan kepercayaan berdasarkan ukuran penyesuaian silang budaya. Kajian yang dijalankan ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif menemu bual secara mendalam 30 akademik dari empat universiti awam terpilih di Malaysia. Hasil kajian mendapati tindak balas idiosinkratik individu kepada persekitaran budaya menentukan kejayaan penyesuaian budaya dan pengekalan kerjaya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Irma Wani Othman. (2024). IDENTITI BUDAYA DAN SEMANGAT PATRIOTISMA NEGARA ASAL DALAM PENGEKALAN AKADEMIK EKSPATRIAT DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 4(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2046