EVOLUSI DASAR PERTAHANAN MALAYSIA DALAM ERA TUN MAHATHIR MOHAMAD 1981-2003
Abstract
Dasar Pertahanan Negara mencerminkan hasrat setiap negara untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan strategiknya serta memelihara keselamatan negara. Ia merupakan satu manifestasi matlamat yang bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan kepentingan strategik sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, tiga asas utama yang menjadi teras Dasar Pertahanan Malaysia iaitu kepentingan strategik negara, prinsip pertahanan dan konsep pertahanan. Terdapat tiga perubahan bentuk utama dalam Dasar Pertahanan Malaysia yang bermula dengan era Tunku Abdul Rahman (1957-1970), era Tun Razak/ Tun Hussein Onn (1970-1980) serta era Tun Mahathir (1981-2003). Era Tunku Abdul Rahman 1957 sehingga 1970 adalah pro barat (dependency). Manakala ketika era pemerintahan Tun Razak pada tahun 1970 sehingga 1976 dan Tun Hussin Onn pada tahun 1976 sehingga 1980, dasar pertahanan berubah kepada Neutrality (berkecuali). Berbeza pula sewaktu pentadbiran era Mahathir, dasar pertahanannya cenderong kepada bentuk self-reliance (berdikari). Perubahan dasar pertahanan Mahathir dapat dilihat dalam Precument persenjataan beliau yang telah memberi kesan kepada Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang begitu lantang dan berani bersuara. Di gelanggang antarabangsa, suaranya begitu bergema bagi menyuarakan aspirasi Negara Dunia Ketiga dan komitmen yang ditunjukkan melebihi pemimpin yang lain. Self-reliance di bawah pentadbiran Tun Mahathir menjadikan aspek pertahanan Malaysia bertambah moden sehingga Tun Mahathir menjadi rujukan dan perhatian diseluruh dunia terutamanya Negara Dunia Ketiga.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Rodziah Md Zain, Mohd Kamarulnizam Abdullah, & Mohamad Faisol Keling. (2024). EVOLUSI DASAR PERTAHANAN MALAYSIA DALAM ERA TUN MAHATHIR MOHAMAD 1981-2003. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 4(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2047
Issue
Section
Articles