“DOKUMENTARI SUMPAHAN BAN PECAHâ€
Abstract
Kajian ini memfokuskan penerbitan dokumentari yang bertajuk “Sumpahan Ban Pecah†bagi menjawab beberapa permasalahan berkaitan tragedi dan pandangan masyarakat tentang sumpahan yang berlaku ke atas Kampung Sungai Baharu dan sekitarnya. Secara umumnya, dokumentari “Sumpahan Ban Pecah†berunsur sejarah dan mitos tentang kewujudan “Ban Pecah†yang menimbulkan tanda tanya kewujudannya kawasan ini. Sejarah sumpahan yang berlaku adalah suatu perkara yang tidak ramai tahu dan kisah anak yatim yang telah dikhianati oleh bapa saudara sendiri disebabkan harta. Sehubungan itu, dokumentari ini diterbitkan selama 10 minit untuk memaparkan sejarah dan pembangunan “Ban Pecah†di Tanjung Piandang, Perak. Penerbitan dokumentari ini dilakukan terlebih dahulu dengan mengadakan temubual dengan beberapa orang penduduk kampung tersebut. Pemerhatian juga dilakukan di kawasan berkenaan untuk mendapatkan maklumat sebelum penggambaran dilakukan di kawasan berkenaan. Penerbitan video ini dimuatnaik dalam “YouTube Sintok Media†untuk tatapan umum. Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan bahawa tempat ini telah mula dimajukan malahan, berkaitan dengan kisah di sebalik nama “Ban Pecah†dapat memberikan pengajaran kepada masyarakat dan boleh dijadikan iktibar pada masa akan datang.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Norizah Aripin, & Nurshafizah Suhairi. (2024). “DOKUMENTARI SUMPAHAN BAN PECAH†. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 5(18). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2053
Issue
Section
Articles