PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL: KERANGKA INSTITUSI DAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
Abstract
Media sosial merujuk kepada suatu set peralatan atas talian yang direkabentuk untuk interaksi sosial. Media sosial merupakan perpustakaan maklumat yang memudahkan pengedaran maklumat dan merupakan alat yang berpengaruh bagi aktiviti komunikasi. Disebabkan capaian demografik pengguna yang meluas, media sosial telah menjadi sasaran untuk disalahgunakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu artikel ini ditulis dengan tujuan untuk menganalisa kerangka institusi dan undang-undang yang terlibat dalam mengawal penyalahgunaan media social di Malaysia. Artikel ini dihasilkan menerusi suatu kajian kualitatif dalam bentuk kajian perpustakaan. Data diperolehi daripada analisa yang dibuat ke atas beberapa undang-undang yang terdapat di Malaysia dan jurnal-jurnal. Artikel ini merumuskan bahawa undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan penyalahgunaan media sosial adalah mencukupi. Tiada keperluan untuk menggubal akta khas yang melibatkan penyalahgunaan media sosial kerana tiada suatu undang-undang khusus pun yang akan sesuai dengan semua keadaan. Namun begitu, peruntukan-peruntukan sedia ada ini perlu dibuat penambahbaikan untuk memastikan ia kekal relevan sesuai dengan kemajuan teknologi.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Nor Azlina Mohd Noor, Ahmad Shamsul Abd Aziz, & Rusniah Ahmad. (2024). PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL: KERANGKA INSTITUSI DAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 5(18). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2054
Issue
Section
Articles