ANALISA PERUNDANGAN TERHADAP PERLINDUNGAN WARISAN KEBUDAYAAN TIDAK KETARA DI MALAYSIA

Authors

  • Khadijah Mohamed Pusat Pengajian Undang-undang, UUM COLGIS, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Malaysia
  • Ahmad Shamsul Abd. Aziz Pusat Pengajian Undang-undang, UUM COLGIS, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Malaysia
  • Nor Azlina Mohd Noor Pusat Pengajian Undang-undang, UUM COLGIS, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Malaysia

Abstract

Akta Warisan Kebangsaan 2005 adalah satu-satunya Akta yang digubal di Malaysia setakat ini untuk melindungi warisan kebangsaan termasuklah warisan kebudayaan tidak ketara. Warisan kebudayaan tidak ketara adalah suatu bidang warisan yang menjadi keutamaan, merangkumi sesuatu warisan yang ‘bukan benda’ untuk dinikmati oleh pancaindera manusia. Namun, Akta tersebut memberikan definisi yang agak terhad kepada warisan kebudayaan tidak ketara kerana wujudnya kekaburan dalam terminologi-terminologi tertentu dari aspek definisi dan skop dalam warisan kebudayaan tidak ketara ini. Justeru, dengan menggunakan peruntukan Konvensyen UNESCO 2003 sebagai asas perbincangan, artikel ini menganalisa peruntukan undang-undang yang melindungi warisan kebudayaan tidak ketara di Malaysia dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai Negara Anggota kepada Konvensyen tersebut. Artikel ini mendapati bahawa penambahbaikan terhadap definisi warisan kebudayaan tidak ketara perlu dibuat dengan meluaskan skop peruntukan untuk mencakupi elemen warisan kebudayaan tidak ketara yang relevan seperti makanan dan warisan seni halus.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Khadijah Mohamed, Ahmad Shamsul Abd. Aziz, & Nor Azlina Mohd Noor. (2024). ANALISA PERUNDANGAN TERHADAP PERLINDUNGAN WARISAN KEBUDAYAAN TIDAK KETARA DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 5(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2059