PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PASCA PILIHAN RAYA UMUM (PRU) 2018 DI MALAYSIA
Abstract
Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 menyaksikan berlakunya 10 Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan sama ada kerana kematian penyandang, perletakan jawatan dan juga pembatalan keputusan PRU oleh arahan mahkamah. PRK tersebut merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong, Semenyih, Rantau, Parlimen Port Dickson, Cameron Highlands, Sandakan, Tanjong Piai dan Kimanis. Kesemua PRK tersebut menghasilkan impak tertentu terhadap sosioekonomi dan politik di negara ini. Oleh itu, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis pilihan raya kecil pasca Pilihan Raya Umum 2018 di Malaysia. Berdasarkan analisis data keputusan PRK pasca PRU 2018, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, sebahagian besar PRK ini memperlihatkan pada awalnya peratusan keluar mengundi semakin merosot iaitu di bawah 50 peratus, wujudnya kerjasama/taawun politik (perpaduan ummah) antara UMNO (BN) dengan PAS. PRK ini juga memperlihatkan berlakunya beberapa reformasi atau pembaharuan pilihan raya yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan penunaian janji pilihan raya berdasarkan manifesto dalam PRU 2018 dan PRK serta pembaharuan dalam institusi. Kesemua PRK ini memperlihatkan peri pentingya peranan pihak berkuasa dalam menunaikan janji pilihan raya, pentingnya suara dan harapan rakyat didengari serta diselesaikan permasalahan mereka terutamanya isu ekonomi dan perpaduan. PRK ini juga memberi refleksi mengenai pengurusan isu dan krisis yang berkesan dan bijaksana, kesiapsiagaan parti politik dalam memperkemaskan jentera pilihan raya masing-masing di samping dapat memberi motivasi kepada kepimpinan parti untuk bekerja lebih kuat bagi memenangi hati pengundi dalam menuju PRU-15 akan datang. Oleh itu, analisis impak kajian ini adalah penting dalam menyumbang kepada proses perjalanan pilihan raya, undang-undang pilihan raya, garis panduan, ketelusan, strategi parti politik dan kaitannya dengan dunia global.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Junaidi Awang Besar, Nur Ellyanis Mohd Basori, Mokhtar Ahmad, Mohd Nizar Sudin, Mohd Nor Hafis Ahmad Pauzan, Munauwarah Ziauddin, & Ahmad Afif Zulkipli. (2024). PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PASCA PILIHAN RAYA UMUM (PRU) 2018 DI MALAYSIA . INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 5(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2060
Issue
Section
Articles