MEKANISME PENYELESAIAN PERTIKAIAN DALAM PERHUBUNGAN PERUSAHAAN DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN

Authors

  • Mumtaj Hassan School of Law, Collage of Law, Government and International Study (COLGIS), Universiti Utara Malaysi
  • Marina Hj. Hashim School of Law, Collage of Law, Government and International Study (COLGIS), Universiti Utara Malaysi

Abstract

Majikan, pekerja dan kesatuan sekerja adalah saling bergantungan. Sebarang pertikaian di antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja perlu diselesaikan secara aman bagi mengekalkan hubungan perusahaan yang harmoni. Pihak-pihak yang terlibat mempunyai pilihan untuk menyelesaikan pertikaian melalui penyelesaian pertikaian alternatif ataupun mahkamah. Oleh yang demikian, objektif kertas kerja ini ialah membincangkan mengenai penyelesaian pertikaian alternatif khususnya yang diperuntukan oleh Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Metodologi yang digunakan dalam kertas kerja adalah penyelidikan undang-undang tulen dan data dikumpulkan dari kes yang diputuskan, jurnal, dokumen undang-undang, artikel dan buku teks. Hasil perbincangan mendapati bahawa beberapa kaedah bagi penyelesaian pertikaian alternatif yang diperuntukan oleh Akta Perhubungan Perusahaan 1967 iaitu rundingan damai, penyelidikan dan penyiasatan, serta arbitrasi. Selain daripada kaedah-kaedah tersebut yang diperuntukkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan 1967, pertikaian perusahaan juga boleh diselesaikan secara rundingan secara langsung.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mumtaj Hassan, & Marina Hj. Hashim. (2024). MEKANISME PENYELESAIAN PERTIKAIAN DALAM PERHUBUNGAN PERUSAHAAN DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 5(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2063