PENCAPAIAN CALON BN BUKAN MELAYU DI KAWASAN PARLIMEN MAJORITI PENGUNDI MELAYU DARI PRU KE-11, 2004 HINGGA PRU KE-14, 2018: SATU ANALISIS

Authors

  • Mohd. Noor Yazid Program Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Kota

Abstract

Artikel ini membincangkan pencapaian calon-calon BN bukan Melayu yang bertanding di kawasan parlimen majoriti pengundi Melayu sejak pilihan raya umum ke-11, 2004 hingga ke pilihan raya umum ke-14, 2018. Sepuluh kawasan parlimen telah dipilih bagi melihat trenda sokongan dan pencapaian yang dicapai sejak empat pilihan raya umum lepas bermula daripada pilihanraya umum ke-11, 2004. Kenapa pihak pengurusan BN meletakkan calon BN daripada parti bukan UMNO (bukan Melayu) di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu? Kajian ini mempunyai beberapa objektif utama; pertamanya melihat apakah trenda sokongan kepada calon bukan Melayu dan, kedua apakah faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan sokongan. Kajian ini mendapati bahawa terdapat perubahan besar sokongan pengundi kepada calon BN bukan Melayu yang bertanding di kawasan majoriti Melayu mulai tahun 2008 dan paling nyata perubahan besar dalam pilihan raya umum tahun 2018. Calon-calon BN bukan Melayu tidak lagi selamat dan sukar mendapat kemenangan mudah apabila bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mohd. Noor Yazid. (2024). PENCAPAIAN CALON BN BUKAN MELAYU DI KAWASAN PARLIMEN MAJORITI PENGUNDI MELAYU DARI PRU KE-11, 2004 HINGGA PRU KE-14, 2018: SATU ANALISIS. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 5(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2064