SUCI HATI DALAM KONTRAK FRANCAIS
Abstract
Suci hati telah didefinisikan sebagai keadilan, amalan adil, munasabah, kesopanan, tidak mengambil kesempatan dan lain-lain lagi. Konsep suci hati telah lama bertapak dalam undang-undang kontrak di bawah bidangkuasa undang-undang Sivil walaupun definisi mengenainya masih diperdebatkan sehingga kini. Walau bagaimanapun, pandangan tradisi Common Law tidak mengiktiraf konsep suci hati asalkan kontrak dimasuki dengan kebebasan berkontrak dan kedua pihak mematuhi terma kontrak. Memandangkan kontrak francais melibatkan hubungan kontrak yang panjang dan sering membangun, adalah mustahil menentukan hak dan tanggungjawab kedua pihak dengan terma nyata sahaja. Dengan itu, kontrak francais lebih memberikan francaisor hak untuk melaksanakan kuasa budi bicara dalam melaksanakan kontrak. Dalam situasi inilah elemen suci hati amatlah penting dititikberatkan bagi memastikan francaisor tidak mengambil kesempatan ke atas francaisi dan memastikan perniagaan terus berjaya. Oleh itu, objektif artikel ini ialah untuk membincangkan tentang konsep suci hati dalam kontrak francais. Dapatan menunjukkan sistem common law yang pada awalnya menolak pemakaian konsep suci hati juga telah berubah pendekatannya dan mula mengiktiraf konsep suci hati kerana ia amat penting bagi kontrak yang berbentuk relational seperti kontrak francais.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Nurli Yaacob, & Nasri Naiimi. (2024). SUCI HATI DALAM KONTRAK FRANCAIS . INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 5(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2066
Issue
Section
Articles