POLA PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-14 (PRU-14) 2018 MALAYSIA DI KAWASAN BANDAR DAN LUAR BANDAR

Authors

  • Junaidi Awang Besar Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ahmad Rizal Mohd Yusof Email: jab@ukm.edu.my
  • Amer Saifude Ghazali Universiti Malaysia
  • Mazlan Ali Universiti Teknologi Malaysia
  • Nur Azuki Yusuff Universiti Malaysia Kelantan
  • Nasir Nayan Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Siti Noranizahhafizah Boyman Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 di Malaysia memperlihatkan dinamika politik yang menarik dan bervariasi yang bersandarkan kepada pengaruh isu, kepemimpinan, strategi kempen, faktor kemenangan dan kekalahan, pola pengundian serta lokasi. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis trend pengundian dalam PRU 2018 berdasarkan kawasan bandar dan luar bandar mengikut 222 kawasan Parlimen di negara ini. Penulisan artikel ini dihasilkan melalui analisis data keputusan PRU 2018 bagi kawasan Parlimen dan juga analisis mendalam terhadap maklumat sekunder daripada media arus perdana dan media sosial yang terlibat secara langsung dalam PRU 2018 ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hampir kesemua kawasan bandar dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) dan sebahagian kecil dimenangi oleh PAS iaitu di kawasan bandar di wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bagi kawasan luar bandar pula, kawasan majoriti Melayu dikuasai UMNO/BN dan juga oleh PAS di Kelantan, Terengganu dan juga sebahagian luar bandar di Kedah. Terdapat juga kawasan luar bandar yang dimenangi oleh sama ada BN, PAS dan PH dengan majoriti tipis disebabkan perpecahan undi ketiga-tiga blok parti. Ini disebabkan oleh segmen demografi pengundi yang berbeza sama ada oleh pengundi setempat, pengundi muda, pengundi luar dan juga pengundi berpendidikan yang lebih tinggi. Justeru, pola pengundian mengikut lokasi geografi dalam PRU 2018 amat menarik dan rencam untuk dikaji dan wajar diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan terutamanya parti politik, kerajaan dan juga pengkaji politik agar dapat dijadikan satu solusi ke arah menghasilkan pemikiran politik yang rasional dan mengikuti trend semasa yang mementingkan kesejahteraan rakyat bersama.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Junaidi Awang Besar, Ahmad Rizal Mohd Yusof, Amer Saifude Ghazali, Mazlan Ali, Nur Azuki Yusuff, Nasir Nayan, & Siti Noranizahhafizah Boyman. (2024). POLA PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-14 (PRU-14) 2018 MALAYSIA DI KAWASAN BANDAR DAN LUAR BANDAR. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 5(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2067