PERSONA SELEBRITI: HAK PERUNDANGAN DI MALAYSIA

Authors

  • Nor Azlina Mohd Noor School of Law, UUM COLGIS, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Ahmad Shamsul Abd Aziz School of Law, UUM COLGIS, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Mazita Mohamed School of Law, UUM COLGIS, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Seorang selebriti mempunyai persona yang tersendiri dan ia merupakan hak yang perlu diindungi oleh undang-undang. Status seorang selebriti itu pula boleh diperolehi dalam beberapa keadaan seperti menerusi kelahiran atau keturunan serta menerusi skil atau pekerjaan yang dimiliki. Hak selebriti merupakan suatu hak yang istimewa dan unik. Ini kerana, hak ini seolah-olah berbentuk harta dan dimiliki oleh selebriti tersebut. Perkataan selebriti seringkali dikaitkan dengan kemahsyuran, duit, kuasa, publisiti, ekstravaganza, pencapaian, peminat, kebudayaan dan kadang-kadang terkenal dengan skandal bahkan dengan sesuatu yang memalukan. Hak selebriti boleh terdiri daripada tiga hak utama iaitu hak personaliti, hak privasi dan hak publisiti. Di era media sosial, hampir semua orang boleh menjadi selebriti. Justeru, masyarakat tidak berhak untuk mengguna pakai suatu hak selebriti dengan sewenang-wenangnya. Oleh itu, perlindungan undang-undang kepada selebriti adalah sangat penting untuk dibincangkan. Di Malaysia, tiada statut khusus mengenai hak selebriti sebagaimana yang terdapat di negara luar seperti Amerika Syarikat. Isu yang perlu diambil perhatian adalah dalam ketiadaan undang-undang spesifik, bagaimana hak selebriti ini dilindungi oleh undang-undang di Malaysia. Oleh itu, artikel ini membincangkan tentang hak selebriti dan undang-undang berkaitan di Malaysia khususnya di bawah perundangan harta intelek. Artikel ini menggunakan kaedah penyelidikan undang-undang secara penyelidikan perpustakaan. Artikel ini merumuskan bahawa walaupun Malaysia tidak mempunyai sebarang peruntukan undang-undang khusus untuk hak selebriti, pelanggaran terhadap hak selebriti ini boleh diambil tindakan melalui peruntukan dalam beberapa undang-undang seperti undang-undang harta intelek menerusi beberapa peruntukan berkaitan hak cipta dan cap dagangan dapat memelihara hak selebriti ini. Selain itu, dengan kemunculan media sosial, hak selebriti juga dilindungi oleh undang-undang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Undang-undang berkaitan privasi seperti undang-undang Tort serta Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 juga boleh digunakan dalam menjaga hak selebriti ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Nor Azlina Mohd Noor, Ahmad Shamsul Abd Aziz, & Mazita Mohamed. (2024). PERSONA SELEBRITI: HAK PERUNDANGAN DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 5(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2068