PELANGGARAN HAK CIPTA DI MEDIA SOSIAL

Authors

  • Ahmad Shamsul Abd Aziz School of Law, UUM COLGIS, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Nor Azlina Mohd Noor School of Law, UUM COLGIS, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Media sosial merupakan sekumpulan aplikasi berasaskan Internet yang dibina berdasarkan asas ideologi dan teknologi Web 2.0 dan menjadikan aktiviti komunikasi semakin mudah dan pantas. Tanpa Internet, tidak akan wujud saluran media sosial Walau bagaimanapun, kemudahan ini menyebabkan berlakunya pelanggaran hak cipta secara berleluasa di platfom media sosial. Pelanggaran hak cipta di media sosial secara asasnya terarah kepada aktiviti perkongsian fail. Aktiviti ini yang menggunakan teknologi rakan pengguna kepada rakan pengguna (P2P) mencetuskan fenomena dalam dunia Internet. Teknologi rangkaian P2P ini membolehkan pengguna bertukar fail digital di mana-mana sahaja. Secara tidak langsung, teknologi ini mencetuskan konflik di antara pemunya hak cipta dan pengguna di Internet. Masalah yang berlaku adalah perkembangan teknologi dan undang-undang tidak sentiasa beriringan. Oleh itu, jurang perbezaan antara undang-undang hak cipta serta teknologi perlu dirapatkan. Isu yang penting adalah sama ada wujudkah peruntukan-peruntukan yang sesuai berkaitan masalah pelanggaran hak cipta di media sosial. Ini adalah kerana, undang-undang yang digubal perlu memastikan adanya peruntukan yang sesuai berkaitan masalah pelanggaran hak cipta di media sosial. Artikel ini membincangkan tentang peruntukan-peruntukan di bawah Akta Hak Cipta 1987 sedia ada yang berkaitan dengan pelanggaran hak cipta dan sama ada ia bersesuaian untuk digunakan di Internet seperti di laman media sosial. Artikel ini menggunakan kaedah penyelidikan undang-undang secara penyelidikan perpustakaan. Artikel ini merumuskan bahawa undang-undang yang tersedia pada masa kini telah digubal secara konklusif dan pemakaian peruntukan-peruntukan tersebut adalah mencakupi pelbagai kesalahan pelanggaran hak cipta dan ianya termasuklah yang berlaku di media sosial.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Ahmad Shamsul Abd Aziz, & Nor Azlina Mohd Noor. (2024). PELANGGARAN HAK CIPTA DI MEDIA SOSIAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 5(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2069