MEDIA BAHARU: MEDIUM PENYUBURAN NILAI PATRIOTISME DALAM KALANGAN BELIA
Abstract
Media baharu amat berkait rapat dengan bidang komunikasi. Medium ini memainkan peranan yang sangat penting kepada masyarakat secara amnya. Fungsi utama medium ini adalah untuk menyebarkan pelbagai informasi khususnya bagi meningkatkan kesedaran terhadap nilai patriotisme. Isu ini perlu diberi penekanan secara terperinci dan haruslah dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia. Penyelidikan seumpama ini dilaksanakan bagi melihat bagaimana peranan media baharu mampu untuk menyebarluaskan nilai patriotisme menerusi informasi kenegaraan dengan memfokuskan kepada golongan belia. Teknologi media baharu menjadi suatu bentuk komunikasi bagi golongan belia untuk meningkatkan kesedaran terhadap semangat patriotisme. Kajian lepas membuktikan bahawa tahap kesedaran masyarakat khususnya golongan belia menerusi aspek patriotisme adalah kurang memberangsangkan dan perlu dipertingkatkan secara holistik. Kewujudan fenomena ini adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor semasa. Isu patriotisme menjadi aspek terpenting dan haruslah diberi penekanan yang serius kerana berupaya menjadi sebahagian daripada entiti negara. Oleh yang demikian, berlandaskan kepada Teori Penyuburan yang dipelopori oleh George Gerbner dan Larry Gross (1976), kertas konseptual ini membincangkan dengan lebih terperinci mengenai bagaimana nilai patriotisme yang disebarkan medium media baharu menerusi informasi kenegaraan mampu mewujudkan kesedaran patriotisme dalam kalangan belia di Malaysia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Nur Aishah Zainal, Mohd Azul Mohamad Salleh, & Wan Amizah Wan Mahmud. (2024). MEDIA BAHARU: MEDIUM PENYUBURAN NILAI PATRIOTISME DALAM KALANGAN BELIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 5(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2070
Issue
Section
Articles