PERUNDANGAN SALAH NYATA: ANALISIS PENDEKATAN DI MALAYSIA

Authors

  • Norhoneydayatie Abdul Manap Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Se
  • Mat Noor Mat Zain Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Se
  • Suzanna Mohamed Isa Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.

Abstract

Salah nyata merupakan salah satu daripada perbuatan yang menyebabkan kecacatan kerelaan pihak berkontrak dalam memasuki kontrak. Salah nyata merupakan satu prinsip common law yang telah diaplikasikan di negara-negara komanwel termasuk Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini dibuat adalah untuk menganalisis perundangan salah nyata yang terpakai di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan rekabentuk analisa kandungan akan menganalisis peruntukan perundangan yang terdapat dalam perundangan di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa statut mengawal perbuatan salah nyata dalam kontrak di Malaysia, namun, kebanyakan statut adalah khusus kepada kontrak-kontrak tertentu. Oleh yang demikian, perbuatan salah nyata masih dikawal oleh Akta Kontrak 1950 sekiranya tidak terikat dengan mana-mana statut lain. Walau bagaimanapun, peruntukan salah nyata dalam Akta Kontrak 1950 masih perlu diperbaiki untuk memastikan perundangan salah nyata dapat dikawal dengan baik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Norhoneydayatie Abdul Manap, Mat Noor Mat Zain, & Suzanna Mohamed Isa. (2024). PERUNDANGAN SALAH NYATA: ANALISIS PENDEKATAN DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 5(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2086