TINJAUAN TENTANG KESAN COVID-19 DAN ISU PERUNDANGAN TERHADAP PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) DI MALAYSIA

Authors

  • Wong Hua Siong Calon PhD, Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa,
  • Jalilah Mohd Ali Pensyarah, Fakulti Undang-undang, Universiti Multimedia (MMU), Melaka, Malaysia
  • Azwina Wati Abdull Manaf Peguambela & Peguamcara, Tetuan Razmien & Co, Melaka, Malaysia

Abstract

Malaysia telah dilanda wabak penyakit virus Corona 2019 (Covid-19) pada awal tahun 2020. Bagi menangani penyebaran Covid-19 secara berleluasa, kerajaan Malaysia telah menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18hb Mac 2020. Pandemik yang melanda Malaysia secara mengejut banyak membawa impak kepada ekonomi negara, khususnya perusahaan Industri Kecil dan Serdehana (PKS) memandangkan perusahaan PKS ini merangkumi perusahaan yang paling penting dalam ekonomi negara. Dalam tempoh PKP ini, banyak aktiviti perniagaan dan ekonomi terjejas dan seterusnya menyebabkan pendapatan bulanan para pengusaha perusahaan kecil dan sederhana berkurangan. Justeru, kajian ini akan mengkaji kesan Covid-19 terhadap PKS dan sama ada peruntukan undang-undang semasa dan polisi semasa dapat melindungi kepentingan PKS dari segi ekonomi. Kajian ini adalah bersifat kualitatif dan melibatkan kajian falsafah dan pandangan-pandangan dalam akademik secara sistematik. Kajian ini bukanlah kajian impirikal sebaliknya bersifat kajian perpustakaan. Hasil kajian ini diharap dapat meningkatkan undang-undang mantap yang memanfaatkan para pengusaha PKS di Malaysia akibat pandemik ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Wong Hua Siong, Jalilah Mohd Ali, & Azwina Wati Abdull Manaf. (2024). TINJAUAN TENTANG KESAN COVID-19 DAN ISU PERUNDANGAN TERHADAP PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) DI MALAYSIA . INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 5(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2088