ANALISIS NARATIF PERANG ÇANAKKALE 1915 MENURUT CERMINAN SUMBER PRIMER TERPILIH

Authors

  • Ezad Azraai Jamsari Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,
  • Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,
  • Ermy Azziaty Rozali Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,
  • Badlihisham Mohd Nasir Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Sk
  • Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,
  • Adibah Sulaiman Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Ma
  • Noorsafuan Che Noh Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kual

Abstract

Makalah ini memerihalkan pencerakinan sumber-sumber primer terpilih berkenaan Perang Çanakkale (Perang Gallipoli) yang berlaku pada tahun 1915 dalam Kerajaan ‘Uthmaniyyah, di samping memberi anotasi holistik kepada sumber-sumber tersebut. Analisis naratif dalam kajian ini memberi erti pemerian dan pemerihalan aspek pengajaran penceritaan daripada catatan sumber-sumber terpilih berkenaan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan meneliti sumber-sumber primer terpilih dan anotasinya kepada Perang Çanakkale 1915. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Bagi kaedah pengumpulan data, data kajian ini dikumpul menggunakan analisis dokumen dengan penelitian terhadap sumber-sumber primer terpilih. Manakala bagi kaedah penganalisisan data, kajian ini selanjutnya menggunakan pendekatan kritikan luaran dan kritikan dalaman. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa terdapat kelompangan pada pemerolehan sumber-sumber berkaitan Perang Çanakkale 1915, khasnya dalam bahasa Melayu yang tercermin daripada perspektif anak watan. Justeru, kajian ini mengambil prakarsa untuk memfokuskan aspek analisis naratif bagi Perang Çanakkale 1915 dengan tumpuan pada beberapa sumber primer terpilih dalam bahasa Inggeris. Pencerakinan ini dilakukan secara holistik dengan penelitian anotasi terhadap bahan rujukan bagi sejarah Perang Çanakkale 1915 yang diklasifikasikan sebagai berwewenang. Analisis anotasi berkenaan dilakukan terhadap 10 bahan bagi kategori catatan perang (primer) yang dipilih secara rawak. Sumbangan kajian ini dapat memberi kemudahan dalam pencarian sumber berkaitan sejarah Perang Çanakkale 1915, khasnya dari sudut sumber primer berautoriti. Secara tidak langsung, kajian ini juga dapat memartabatkan bidang sejarah ketenteraan Islam, khususnya pada era ‘Uthmani kepada para pengkaji korpus sejarah dan tamadun Islam, di samping mewujudkan senarai rujukan Perang Çanakkale 1915 dalam bahasa Melayu bagi mengisi kelompangan yang dinyatakan sebelum ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Ezad Azraai Jamsari, Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz, Ermy Azziaty Rozali, Badlihisham Mohd Nasir, Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari, Adibah Sulaiman, & Noorsafuan Che Noh. (2024). ANALISIS NARATIF PERANG ÇANAKKALE 1915 MENURUT CERMINAN SUMBER PRIMER TERPILIH. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 5(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2089