ANAK DEWASA KEMBALI MENETAP BERSAMA IBU BAPA SEMASA PANDEMIK COVID 19: SATU CABARAN DALAM KEHIDUPAN IBU BAPA

Authors

  • Noor ‘Aza Ahmad School of Law, Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia

Abstract

Wabak korona virus atau Covid 19 telah menyebabkan mereka yang bekerja, belajar dan membina kehidupan sendiri sebelumnya, terjejas. Ramai pekerja, kebanyakannya orang muda menjadi penganggur. Sekarang ini, orang muda atau anak-anak yang dewasa dengan mudahnya kembali tinggal bersama ibu bapa mereka. Dengan kata lain, anak-anak yang dewasa dan / atau cucu-cucu ini tinggal bersama-sama dengan ahli keluarga mereka, biasanya dengan ibu bapa atau datuk nenek mereka yang tua atau bahkan ahli keluarga mereka. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan kewajipan dan hak pihak-pihak yang terlibat dalam hal Undang-undang Keluarga di Malaysia. Makalah ini menggunakan metod perpustakaan, selain untuk menganalisis peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan hal-hal Undang-Undang Keluarga dan juga dengan melihat kes-kes yang dilaporkan terkait dengan hal-hal di atas. Akhirnya, makalah ini membincangkan tindakan dan cadangan pihak-pihak yang terlibat untuk menghadapi cabaran untuk tetap bersama semasa pandemik Covid 19.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Noor ‘Aza Ahmad. (2024). ANAK DEWASA KEMBALI MENETAP BERSAMA IBU BAPA SEMASA PANDEMIK COVID 19: SATU CABARAN DALAM KEHIDUPAN IBU BAPA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 5(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2096