MESYUARAT ELEKTRONIK PEMEGANG SYER SEBAGAI NORMA BAHARU SELEPAS COVID-19: MALAYSIA SUDAH BERSEDIA?

Authors

  • Nor Hayati Abdul Samat Pusat Pengajian Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia
  • Hasani Mohd. Ali Pusat Pengajian Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia
  • Ahmad Shamsul Abd Aziz Pusat Pengajian Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Mesyuarat elektronik pemegang syer ialah kaedah moden pengendalian suatu mesyuarat pemegang syer. Ketika ia mula diperkenalkan, masyarakat korporat kurang teruja untuk memanfaatkannya. Keadaan ini berubah apabila dunia berhadapan dengan wabak COVID-19. Apabila pergerakan manusia dikawal bagi memutuskan rangkaian jangkitan, syarikat melihat mesyuarat elektronik sebagai alternatif untuk mengadakan mesyuarat pemegang syer. Sama ada ia mampu berkekalan sebagai suatu norma baharu, dunia korporat boleh bergantung kepada pelbagai faktor. Penulisan ini menanalisis tiga perkara yang dianggap paling asas bagi menilai isu tersebut. Pertama ialah undang-undang yang dapat menjadi asas perlaksanaannya. Kedua ialah sokongan dari prasarana. Ketiga ialah keupayaan pemegang syer untuk mengambil bahagian di dalamnya. Di akhir perbincangan ini dirumuskan bahawa Malaysia mempunyai ketiga-tiga keperluan tersebut, sepertimana yang diketengahkan oleh penulisan ini. Oleh itu Malaysia sebenarnya telah bersedia untuk menerima mesyuarat elektronik sebagai norma baharu dalam penganjuran mesyuarat pemegang syer.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Nor Hayati Abdul Samat, Hasani Mohd. Ali, & Ahmad Shamsul Abd Aziz. (2024). MESYUARAT ELEKTRONIK PEMEGANG SYER SEBAGAI NORMA BAHARU SELEPAS COVID-19: MALAYSIA SUDAH BERSEDIA?. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 5(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2100