DEFINISI ‘PENIPUAN’ DALAM PEMBELIAN DALAM TALIAN: ANALISIS TERHADAP PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
Abstract
Umum mengetahui bahawa pembelian secara dalam talian mempunyai beberapa kelebihan seperti penjimatan masa dan tenaga serta kepelbagaian dalam membuat pilihan. Namun begitu, aktiviti pembelian dalam talian ini juga terdedah kepada beberapa kelemahan, terutamanya seperti keterdedahan pengguna terhadap penipuan oleh peniaga dalam talian. Oleh itu, artikel ini dihasilkan untuk membincangkan mengenai keperluan terhadap satu pendefinisian baharu yang lebih khusus dan jelas berkenaan dengan penipuan terhadap pembelian dalam talian. Hal ini penting agar ia tidak membuka lebih banyak ruang kepada peniaga dalam talian untuk melakukan perbuatan tipuan termasuklah dengan cara mengelirukan pengguna menerusi ketidakjelasan definisi dan elemen penipuan terhadap pembelian dalam talian mengikut undang-undang sedia ada. Penulisan ini adalah berpandukan kaedah analisa kandungan terhadap peruntukan undang-undang sedia ada di Malaysia, iaitu dengan merujuk kepada Seksyen 17 Akta Kontrak 1950 serta larangan terhadap amalan penipuan pengguna e-dagang yang terpakai daripada beberapa negara terpilih iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Australia. Tinjauan literatur juga dibuat untuk melihat penipuan melalui penelitian daripada penulisan sarjana lepas berkaitan penipuan dalam e-dagang. Hasil penulisan ini mendapati wujud keperluan dalam memberikan pendefinisian yang lebih jelas dan khusus bagi penipuan terhadap pembelian dalam talian menerusi peruntukan undang-undang sedia ada. Seksyen 17 Akta Kontrak 1950 perlu memasukkan terma-terma yang menunjukkan ia terpakai dalam konteks elektronik selain menambahbaik dan memperjelas maksud elemen-elemen sedia ada untuk memastikan peruntukan ini dapat memberi perlindungan kepada pengguna daripada perbuatan tipuan jual beli dalam talian.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Amirah Madihah Adnan, Norhoneydayatie Abdul Manap, Zamzuri Zakaria, Mohd Al Adib Samuri, Mat Noor Mat Zain, Azlin Alisa Ahmad, Ong Tze Chin, & Farhah Abdullah. (2024). DEFINISI ‘PENIPUAN’ DALAM PEMBELIAN DALAM TALIAN: ANALISIS TERHADAP PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 5(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2104
Issue
Section
Articles