JENAYAH MINUM ARAK DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM: ANALISIS PERUNDANGAN BERHUBUNG TAFSIRAN ARAK DAN HAD PIAWAIAN KANDUNGAN ALKOHOL
Abstract
Penguatkuasaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 membawa perubahan besar dalam undang-undang jenayah minum arak di Negara Brunei Darussalam dengan penambahluasan peruntukan yang berkaitan dengannya beserta peningkatan kadar hukuman denda dan tambahan hukuman sebat. Ketiadaan tafsiran berhubung peruntukan jenayah minum arak dalam Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 membuka ruang kepada pelbagai tafsiran dan boleh menimbulkan berbagai andaian khususnya menyentuh elemen pembuktian kesalahan tersebut. Objektif kajian adalah membuat analisa peruntukan kesalahan minum arak dan yang berkaitan dengannya sekaligus menunjukkan perkembangan semasa undang-undang jenayah syariah tersebut dan sejauhmana pelaksanaannya justeru itu telah menjelaskan keperluan terhadap pendefinisian yang lebih khusus dan jelas. Kaedah metodologi yang digunakan adalah kajian undang-undang dengan pendekatan kualitatif. Data diperolehi daripada bahan-bahan dokumentasi iaitu melalui kaedah perpustakaan, analisis kandungan statut sedia ada, jurnal, artikel, laporan kes, penelitian terhadap kertas siasatan dan kaedah temubual. Hasil kajian mendapati wujud perbezaan tafsiran arak di kalangan pendapat para ulama mazhab dan tidak ditafsirkan secara jelas dalam undang-undang jenayah syariah disamping undang-undang jenayah sivil memberikan tafsiran dengan had piawaian kandungan alkohol yang berbeza. Ketiadaan tafsiran jenayah minum arak dan perbezaan had piawaian kandungan alkohol minuman arak dalam perundangan boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan para pengamal dan dalam menentuhala elemen pembuktian jenayah tersebut, justeru berkemungkinan memberi kesan terhadap pembuktian kes. Kelopongan yang wujud dalam undang-undang perlu diberi perhatian dan pindaan yang bersesuaian agar pelaksanaan undang-undang jenayah ini lebih efektif. Dengan penambahbaikan dan penjelasan khusus tersebut, penggubalan serta penguatkuasaan undang-undang ini tidak akan tersiakan dalam menyahut tuntutan ugama dan aspirasi kerajaan bagi memerangi jenayah tersebut.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Ummi Amnah Haji Hirmond, & Hj. Abdurrahman Raden Aji Haqqi. (2024). JENAYAH MINUM ARAK DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM: ANALISIS PERUNDANGAN BERHUBUNG TAFSIRAN ARAK DAN HAD PIAWAIAN KANDUNGAN ALKOHOL. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 5(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2106
Issue
Section
Articles