PEMBERHENTIAN PEKERJA SEMASA COVID-19: PANDUAN KEPADA MAJIKAN MENURUT UNDANG-UNDANG PEKERJAAN

Authors

  • Mumtaj Hassan School of Law, Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia
  • Anis Shuhaiza Md Salleh School of Law and Institute for Management and Business Research (IMBRe), Universiti Utara Malaysia
  • Yusramizza Md Isa @ Yusuff School of Law and ASIAN Research Institute for Corporate Governance (ARICG), Universiti Utara Malays

Abstract

Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah menggugat kesejahteraan manusia dan ekonomi dunia. Ia turut memberi impak yang besar terhadap hampir semua industri di dalam dan luar negara. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menjangkakan pandemik ini akan meningkatkan kadar pemberhentian pekerja dan pengangguran di seluruh dunia. Dalam hal ini, para majikan pasti berada dalam dilema memikirkan bagaimana hendak menangani dan mengimbangi antara periuk nasi pekerja dan keuntungan dalam perniagaan. Dengan itu, artikel ini meninjau aspek pemberhentian pekerja melalui kajian perpustakaan yang memfokuskan penggunaan statut, kes-kes mahkamah, dokumen perundangan serta penulisan para cendiakawan yang disiarkan dalam jurnal-jurnal. Dengan menggunakan kaedah diskriptif dan kritikal, analisa dibuat ke atas sumber-sumber utama dan sekunder yang dirujuk. Artikel ini menegaskan bahawa terdapat prosedur dan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh majikan bagi menangani lebihan pekerja ketika mendepani pandemik. Pemberhentian pekerja tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa justifikasi dan prosedur yang telah digariskan undang-undang. Perbincangan diakhiri dengan cadangan-cadangan kepada majikan supaya pemberhentian dapat disekat dan diminimumkan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mumtaj Hassan, Anis Shuhaiza Md Salleh, & Yusramizza Md Isa @ Yusuff. (2024). PEMBERHENTIAN PEKERJA SEMASA COVID-19: PANDUAN KEPADA MAJIKAN MENURUT UNDANG-UNDANG PEKERJAAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(22). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2117