KAWALAN PENYEBARAN COVID-19 MELALUI LALUAN PERAIRAN LAUT DI BAWAH UNCLOS 1982
Abstract
Kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berkemungkinan dijangkiti Covid-19 melalui jalan laut dilihat sebagai antara faktor utama yang menyebabkan peningkatan bilangan jangkitan kes Covid-19 di dalam negara, khususnya di Sabah. Insiden pencerobohan pendatang asing melalui jalan laut bukanlah isu terpencil yang berlaku di Malaysia sahaja, tetapi ia merupakan isu sejagat yang cuba ditangani oleh kebanyakan negara. Faktor keadaan kawasan perairan laut dan pantai serta kelemahan penguatkuasaan undang-undang menjadi faktor tambah kepada kebanjiran pendatang asing melalui jalan-jalan laut. Dengan menggunakan pendekatan secara diskriptif dan kajian perpustakaan, kertas kerja ini merungkai kes penularan Covid-19 yang dibawa PATI, khususnya yang menceroboh negara melalui kawasan perairan pantai. Perbincangan dibuat dengan melihat kedudukan undang-undang antarabangsa di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut 1982 (UNCLOS) dalam memberi hak kepada negara pantai (coastal state) untuk mengawal persempadanan negara dari dibolosi pendatang asing yang boleh mengancam kesihatan awam negara. Dapatan dari kertas kerja ini menunjukkan UNCLOS memberikan hak kepada negara pantai untuk mencegah penyebaran wabak penyakit di kawasan laut wilayah dan zon berdampingan. Namun, masih terdapat kekurangan pada undang-undang tempatan dalam menerimapakai peruntukan yang diberikan UNLCOS.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Ahmad Nasyran Azrae, & Asmar Abdul Rahim. (2024). KAWALAN PENYEBARAN COVID-19 MELALUI LALUAN PERAIRAN LAUT DI BAWAH UNCLOS 1982. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(22). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2118
Issue
Section
Articles