HUBUNGAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL PENSYARAH DENGAN TAHAP MOTIVASI PELAJAR: KAJIAN DI JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI, PSMZA

Authors

  • Siti Nasrah Mukhtar Department Of Information Technology & Communication, PSMZA, Malaysia
  • Nor Syahadataini Awang Department Of Information Technology & Communication, PSMZA, Malaysia

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perhubungan di antara kemahiran komunikasi interpersonal pensyarah secara lisan dan bukan lisan dan tahap motivasi pelajar. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Satu set soal selidik yang mengandungi 30 item soalan dibina dan diambil daripada kajian yang terdahulu, telah digunakan untuk mengukur perhubungan tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam bentuk tinjauan yang melibatkan 100 orang pelajar sesi Jun 2020 di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Kajian yang akan dilakukan ini adalah kajian deskriptif secara kuantitatif di mana soal selidik digunakan bagi memproses data yang diterima untuk menghasilkan rumusan. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.91. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer melalui program Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows version 16.0 untuk memperolehi statistik deskriptif seperti skor min. Keputusan kajian mendapati terdapat perhubungan yang signifikan di antara kemahiran komunikasi interpersonal pensyarah secara bukan lisan dan tahap motivasi pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap kemahiran komunikasi interpersonal pensyarah secara lisan dan tahap motivasi pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Siti Nasrah Mukhtar, & Nor Syahadataini Awang. (2024). HUBUNGAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL PENSYARAH DENGAN TAHAP MOTIVASI PELAJAR: KAJIAN DI JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI, PSMZA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(22). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2124