KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEdP): KAJIAN KES DI KALANGAN PELAJAR PRASISWAZAH DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Authors

  • Mohd Sohaimi Esa Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Abang Mohd Razif Abang Muis Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Romzi Ationg Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Irma Wani Othman Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Siti Aidah Lukin @ Lokin Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Saifulazry Mokhtar Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Sharifah Darmia Sharif Adam Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (PEdP) merupakan kursus wajib universiti sebagai ganti kepada kursus Hubungan Etnik di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang mula diperkenalkan pada tahun 2020. Sebagai kursus baharu, antara objektifnya ialah untuk memastikan pelajar agar dapat menghayati etika dan peradaban yang wujud dalam masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia. Justeru itu, Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HEPs) dipraktikkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) agar pelajar dapat memperteguhkan lagi pemikiran kritikal dan analitikal mereka bagi menangani kehidupan yang lebih mencabar pada masa kini dan akan dating. Justeru itu, kertas kerja ini membincangkan tentang keberkesanan PnP dalam talian bagi kursus PEdP tersebut sesuai dengan keadaan norma baharu pada masa kini. Bagi meninjau keberkesanannya, kajian telah dibuat dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Antara perkara yang disentuh dalam kajian tersebut termasuklah objektif, kurikulum dan kaedah PnP. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa matlamat asas dan objektif kursus ini tercapai walaupun dibuat dalam talian sepenuhnya, tetapi ia diandaikan bahawa pencapaian akan lebih ketara sekiranya ianya diajar menggunakan kaedah tradisional iaitu melalui kaedah pengajaran adan pembelajaran secara bersemuka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mohd Sohaimi Esa, Abang Mohd Razif Abang Muis, Romzi Ationg, Irma Wani Othman, Siti Aidah Lukin @ Lokin, Saifulazry Mokhtar, & Sharifah Darmia Sharif Adam. (2024). KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (PEdP): KAJIAN KES DI KALANGAN PELAJAR PRASISWAZAH DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(23). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2134