PENGARUH PENDIDIKAN DALAM KEPELBAGAIAN ETNIK SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA DI MALAYSIA
Abstract
Artikel ini membincangkan tentang pengaruh bidang pendidikan dalam kepelbagaian etnik di Malaysia. Malaysia dikenali dengan keunikan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, etnik bumiputera di Sabah, Sarawak dan pelbagai lagi etnik lain. Setiap etnik mempunyai amalan budaya, adat tradisi, kepercayaan agama dan bahasa tersendiri tetapi dapat hidup dalam suasana yang harmoni. Dengan kata lain, kepelbagaian etnik dan perbezaan budaya tidak menjadi penghalang masyarakat majmuk di negara ini untuk hidup bersama secara aman damai. Antara usaha yang dilakukan untuk mewujudkan suasana tersebut adalah melalui sistem pendidikan yang berperanan penting dalam menanamkan semangat nasionalisme dan cintakan negara. Walau bagaimanapun usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai semua negara yang masyarakatnya bersatu padu melalui sistem pendidikan tidak semudah yang disangka kerana terdapat cabaran yang perlu dihadapi. Oleh itu, artikel ini difokuskan untuk membincangkan tentang apakah pengaruh bidang pendidikan dan apakah cabaran yang dihadapi dalam mewujudkan satu sistem pendidikan yang berfungsi sebagai agen penyatuan masyarakat di negara ini. Kajian artikel ini dibuat menggunakan pendekatan analisis kualitatif dan menggunakan kaedah kajian arkib serta kajian perpustakaan untuk memperoleh sumber maklumat kajian. Kajian ini akan menghasilkan satu analisis yang dapat digunakan sebagai rujukan untuk menambah baik atau merangka polisi lebih baik khususnya dalam perkara yang memberikan manfaat terhadap usaha mengukuhkan hubungan antara etnik yang harmoni di Malaysia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Sharifah Darmia Sharif Adam, Irma Wani Othman, Jais Abdul Hamid, Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Siti Aidah Lukin @ Lokin, & Budi Anto Mohd Tamring. (2024). PENGARUH PENDIDIKAN DALAM KEPELBAGAIAN ETNIK SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(23). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2135
Issue
Section
Articles