KONSEP INTEGRASI ETNIK DARI PERSPEKTIF PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM DI MALAYSIA
Abstract
Makalah ini bertujuan mengenal pasti konsep integrasi etnik dari perspektif pembangunan berteraskan Islam dengan merujuk keadaan semasa di Malaysia. Integrasi etnik ini menjadi salah satu aspek penting dalam agenda global dan tempatan khususnya di Malaysia dalam menyampaikan mesej keamanan bagi seluruh umat manusia. Pengenalpastian konsep integrasi etnik dari perspektif pembangunan berteraskan Islam ini dapat dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu tasawur, prinsip-prinsip dan matlamatnya. Perspektif pembangunan berteraskan Islam dilihat meletakkan sesuatu aspek pembangunan menyeluruh yang bertunjangkan ketauhidan kepada Allah SWT, berlandaskan tasawur Islam dan bersumberkan epistemologi Islam. Pembangunan berteraskan Islam berbeza daripada pembangunan konvensional Barat kerana pembangunan berteraskan Islam menyatupadukan kedua-dua aspek jasmani atau material dan aspek rohani atau spiritual dalam semua kegiatan pembangunan. Dalam konteks makalah ini, integrasi masyarakat khususnya yang terdiri daripada pelbagai rasa dan etnik menjadi agenda penting dalam menyampaikan mesej perpaduan dan kedamaian bagi umat manusia khususnya di Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang etnik. Oleh demikian, makalah ini cuba menggambarkan bagaimana Islam menekankan nilai wasatiyyah dan kepentingan integrasi khususnya antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam khususnya di Malaysia dalam pelbagai aspek kehidupan mereka termasuklah dalam aspek pembangunan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Abang Mohd Razif Abang Muis, Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Budi Anto Mohd Tamring, Jais Abdul Hamid, Saifulazry Mokhtar, & Irma Wani Othman. (2024). KONSEP INTEGRASI ETNIK DARI PERSPEKTIF PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(23). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2137
Issue
Section
Articles