GERAKAN DAKWAH DAN IMPAKNYA TERHADAP PENINGKATAN KOMPOSISI MUSLIM DI SABAH
Abstract
Bancian penduduk Sabah yang dijalankan sejak awal kemerdekaan sehingga kini menunjukkan perubahan yang ketara apabila komposisi Muslim yang mana didapati bahawa populasi Muslim di negeri ini berubah daripada kumpulan minoriti kepada kumpulan majoriti. Perubahan ini menunjukkan terdapat suatu faktor yang menyumbang kepada peningkatan tersebut iaitu gerakawan dakwah. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji proses dakwah dan impaknya terhadap perubahan komposisi Muslim di negeri ini. Kajian kualitatif ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan dan temu bual. Data-data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara bertema. Hasil kajian mendapati usaha dakwah yang dilakukan di Sabah merupakan antara faktor utama kepada perubahan komposisi Muslim di Sabah. Malah ia lebih jelas lagi pada tahun 1967 sehingga tahun 1976 di bawah gerakan dakwah Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pimpinan Tun Datu Mustapha. Justeru itu, usaha dakwah di bawah pimpinan Tun Datu Mustapha telah diiktiraf sebagai satu era dimana berlaku perubahan drastik komposisi Islam daripada 38.7% pada tahun 1967 kepada 53% pada tahun 1976.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Abang Mohd Razif Abang Muis, Saifulazry Mokhtar, Irma Wani Othman, Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, & Jais Abdul Hamid. (2024). GERAKAN DAKWAH DAN IMPAKNYA TERHADAP PENINGKATAN KOMPOSISI MUSLIM DI SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(23). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2139
Issue
Section
Articles