ANALISIS PRINSIP-PRINSIP KOMUNIKASI ISLAM DALAM KITAB AL-QURAN

Authors

  • Saifulazry Mokhtar Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Abang Mohd Razif Abang Muis Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Irma Wani Othman Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Sohaimi Esa Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Romzi Ationg Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Siti Aida Lukin @ Lokin Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Komunikasi adalah satu elemen penting dalam kehidupan manusia. Setiap manusia sudah pasti akan melakukan komunikasi sama ada secara lisan ataupun bukan lisan. Namun, ada dalam kalangan masyarakat hari ini tidak mengendahkan prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi ketika berlangsungnya komunikasi. Mereka petah berkata-kata dan bebas berbicara sehinggakan menimbulkan fitnah serta penyebaran maklumat yang tidak benar dari fakta asal. Sepertimana yang selalu diingatkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, ‘tidak pasti jangan kongsi’. Berdasarkan kepada pernyataan inilah, satu analisis prinsip komunikasi dalam al-Quran perlu dilakukan bagi menzahirkan perintah Allah dalam etika berkomunikasi khususnya kepada umat Islam. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 19 corak komunikasi yang terdapat dalam al-Quran dan pengkaji telah mengklasifikasikan prinsip komunikasi tersebut kepada dua bentuk yang utama iaitu komunikasi bi al-Lisan dan komunikasi bi al-Hal. Dengan berteraskan kepada prinsip komunikasi ini dalam kehidupan, sudah pasti masyarakat akan hidup dalam aman dan harmoni selaras dengan kehendak Allah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Saifulazry Mokhtar, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Abang Mohd Razif Abang Muis, Irma Wani Othman, Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, & Siti Aida Lukin @ Lokin. (2024). ANALISIS PRINSIP-PRINSIP KOMUNIKASI ISLAM DALAM KITAB AL-QURAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(23). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2140