DEMOKRATISASI SURUHANJAYA REID: DAMPAK SIGNIFIKAN KEPIMPINAN PARTI PERIKATAN
Abstract
Menjelang kemerdekaan, pemimpin Parti Perikatan masih gagal mencapai kata sepakat dalam beberapa isu kontroversi seperti kerakyatan, bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu. Masalah ini kemudiannya diserahkan kepada suruhanjaya bebas dengan harapan akan wujud keadilan untuk semua kaum di Tanah Melayu. Susulan itu, kerajaan British dan Raja-Raja Melayu telah bersetuju untuk membentuk sebuah suruhanjaya bebas, yakni Suruhanjaya Reid untuk merangka draf Perlembagaan Tanah Melayu Merdeka pada bulan Mac 1956. Justeru itu, dengan menggunakan pendekatan/metod sejarah melalui analisis dokumen sejarah yang diperolehi dari Public Records Office, London dan Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, manuskrip ini membincangkan tentang signifikan dampak kepimpinan Parti Perikatan dalam Suruhanjaya Reid. Antara hal yang dibincangkan termasuklah dilema yang dihadapi oleh pemimpin Parti Perikatan dalam mencari kesepakatan dalam beberapa isu sensitif, serta rupa bentuk negara bangsa yang ingin dihasilkan selepas merdeka. Selain itu, perbahasan antara delegasi Parti Perikatan dengan Suruhanjaya Reid juga diberikan perhatian dalam perbincangan ini. Sehubungan itu, manuskrip ini mendapati bahawa kewibawaan serta sikap tolak ansur yang ditunjukkan oleh pemimpin Parti Perikatan memberikan dampak usul itu dapat diterima dengan baik oleh Suruhanjaya Reid. Hal ini penting kerana menerusi usul ini juga ia menjadi nadi kepada pembentukan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menjurus kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Mohd Sohaimi Esa, Irma Wani Othman, Romzi Ationg, Mohd Azri Ibrahim, Sharifah Darmia Sharif Adam, Jais Abdul Hamid, & Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin. (2024). DEMOKRATISASI SURUHANJAYA REID: DAMPAK SIGNIFIKAN KEPIMPINAN PARTI PERIKATAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(23). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2141
Issue
Section
Articles