ISU-ISU PENDIDIKAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT PALA’U DI LAHAD DATU, SABAH

Authors

  • Budi Anto Mohd Tamring Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Sohaimi Esa Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Romzi Ationg Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd. Azri Ibrahim Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Irma Wani Othman Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Siti Aidah Lukin @ Lokin Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Sharifah Darmia Sharif Adam Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Pendidikan bukan lagi dilihat sebagai satu isu yang bersifat lokal atau kenegaraan semata-mata tetapi telah menjadi isu sejagat dan diperjuangkan di seluruh dunia. Pendidikan telah menjadi asas kepada pembangunan masyarakat malah telah menjadi perkara penting dalam agenda mana-mana kerajaan di seluruh dunia. Walaupun demikian, pendidikan mula menimbulkan isu apabila dikaitkan dengan masyarakat warga asing atau masyarakat tidak berwarganegara (stateless). Isu dokumen dan isu status kewarganegaraan merupakan isu hangat yang bukan sahaja boleh menimbulkan isu lain seperti politik dan hubungan antara negara tetapi juga menimbulkan isu lain dalam konteks sosial atau kemanusiaan khususnya dari segi pendidikan. Komuniti Pala’u di Lahad Datu merupakan komuniti yang berhadapan dengan isu status kewarganegaraan selain pelbagai isu lain yang menyukarkan mereka untuk terlibat secara langsung dalam pembangunan di Malaysia. Justeru itu, kajian yang telah dijalankan di Lahad Datu ini menggunakan kaedah soal-selidik melibatkan seramai 136 responden dan juga menggunakan kaedah temubual yang melibatkan beberapa orang responden bertujuan untuk memahami isu-isu pendidikan yang dihadapi oleh komuniti Pala’u. Hasil kajian mendapati, budaya tradisi masyarakat Pala’u yang amat terikat dengan laut menyebabkan mereka merasakan pendidikan tidak penting dalam kehidupan mereka. Selain itu, faktor lain seperti buli di sekolah, jarak ke sekolah, sistem petempatan atas perahu yang berpindah randah, dan kesedaran ibu bapa antara sebab mengapa mereka tidak ke sekolah. Dalam konteks perundangan di Malaysia pula, ketiadaan dokumen dan juga status masyarakat Pala’u yang tidak jelas dari segi kewarganegaraan menyebabkan mereka tidak layak diberikan pendidikan seperti yang dinikmati oleh penduduk warganegara Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Budi Anto Mohd Tamring, Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Mohd. Azri Ibrahim, Irma Wani Othman, Siti Aidah Lukin @ Lokin, & Sharifah Darmia Sharif Adam. (2024). ISU-ISU PENDIDIKAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT PALA’U DI LAHAD DATU, SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(23). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2147