SULH DAN PERDAMAIAN: APLIKASINYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Authors

  • Mohammad Nor Anwar Mohd Sabri Pelajar Pascasiswazah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selang
  • Nor ‘Adha Ab Hamid Profesor Madya, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUI

Abstract

Agama Islam diturunkan oleh Allah S.W.T kepada rasulNya, junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah merupakan sebuah agama yang lengkap lagi syumul bagi menghadapi segala permasalahan manusia di dunia ini. Sistemnya yang bersifat bersepadu dan semulajadi sesuai dilaksanakan di semua tempat, masa dan keadaan. Segala hukum dan peraturannya tidak bertentangan dengan norma-norma dan fitrah semulajadi manusia. Ini semata-mata untuk menjamin sebuah kehidupan yang harmoni, bebas dari segala persengketaan dan dan pertelingkahan yang boleh memporak-perandakan kehidupan manusia. Dalam menjalani kehidupan seharian, manusia sering kali tidak dapat lari daripada berhadapan dengan berbagai kesulitan, masalah, perselisihan dan pertikaian. Untuk itu, Islam tidak membiarkan umatnya tercari-cari jalan penyelesaian pada perkara tersebut tanpa memberikan jalan keluar dan meniupkan roh Islamiyyah ke dalamnya. Kaedah sulh merupakan satu konsep penyelesaian pertikaian di luar dan kaedah ini telah dijalankan di seluruh Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia. Perdamaian membawa takrifan salah satu ajaran pokok di dalam Islam yang membawa kepada hal atau perbuatan untuk berdamai. Kajian kualitatif ini menggunakan metod kajian perpustakaan serta dokumen seperti Al-Quran, buku dan kertas kajian. Kajian ini bertujuan bagi memperhalusi konsep Sulh dalam Islam, sejarah dan menilai aplikasi Sulh yang kini semakin dipandang sepi oleh masyarakat. Kajian ini penting dalam memartabatkan konsep dan hikmah Sulh yang perlu dititikberatkan dalam Islam agar mampu dihayati serta diharmonikan oleh masyarakat di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mohammad Nor Anwar Mohd Sabri, & Nor ‘Adha Ab Hamid. (2024). SULH DAN PERDAMAIAN: APLIKASINYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(24). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2152