LITERASI UNDANG-UNDANG DALAM KALANGAN GURU DI MALAYSIA

Authors

  • Suriati Suhaimi Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Mohd Faiz Mohd Yaakob Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Literasi undang-undang dalam kalangan guru sangat penting dalam konteks pendidikan di Malaysia terutamanya dalam mendepani pelbagai cabaran. Paparan kes melibatkan guru dan perundangan sering dipapar dalam media massa meninggalkan impak negatif terhadap dunia pendidikan itu sendiri sekaligus turut melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam isu ini. Kertas konsep ini membincangkan sorotan literatur untuk mengukuhkan bahawa literasi undang-undang begitu penting untuk dijadikan sebagai pemboleh ubah kajian. Tinjauan ini juga bersifat analisis dokumen, dengan mengkaji beberapa dokumen rasmi kerajaan seperti AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550), Tatacara Disiplin Murid Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah ) 1959 dan Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611). Selain itu, Perlembagaan Persekutuan juga dijadikan rujukan utama dalam kertas konsep ini. kajian ini mampu memberi panduan kepada guru dan pemimpin pendidikan agar tidak berdepan dengan risiko perundangan semasa menjalankan tanggungjawab mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Suriati Suhaimi, & Mohd Faiz Mohd Yaakob. (2024). LITERASI UNDANG-UNDANG DALAM KALANGAN GURU DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(24). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2155