MELAKA DALAM GEOPOLITIK MALAYSIA PADA PRA PRU-14, PRU-14 DAN PASCA PRU-14
Abstract
Melaka merupakan sebuah negeri yang mempunyai pengundi campuran dengan 58 peratus adalah etnik Melayu. Pengundi Melayu di negeri ini terkenal dengan penyokong tegar dan fanatik UMNO menjadikan majoriti pengundi Melayu di negeri ini menyumbang kepada kemenangan besar kepada BN/UMNO dalam setiap pilihan raya umum. Negeri yang terkenal dengan legenda Hang Tuah dengan slogan “Tak Melayu Hilang Di Dunia†ini mempunyai pengundi yang setia menyokong UMNO yang juga merupakan parti keramat Orang Melayu sejak sebelum merdeka lagi. Namun sejak pilihan raya umum 2008, pengundi Cina yang asalnya juga menyokong BN telah beralih kepada DAP dan parti komponen pembangkang yang lain. Kawasan bandar dan majoriti pengundi etnik Cina terus dikuasai DAP dan parti pembangkang yang bersekutu dengannya. Kemuncaknya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, 2018, akhirnya negeri ini jatuh kepada pakatan parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti tipis dengan 15 DUN dimenangi PH berbanding 13 DUN dikuasai BN. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis Negeri Melaka dalam geopolitik Malaysia pada pra PRU-14, PRU-14 dan pasca PRU-14. Berdasarkan analisis data keputusan PRU 2018, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa kejayaan PH menawan DUN Melaka daripada BN adalah satu peristiwa yang menakjubkan dan di luar jangkaan semua pihak. Namun perubahan politik tersebut disebabkan oleh isu nasional dan tekad untuk menjatuhkan BN oleh pengundi terutamanya golongan muda atau first time voters. Meskipun PH berjaya menawan DUN Melaka namun PH hanya menang dengan majoriti tipis iaitu 2 DUN sahaja. PH menang di kawasan bandar dan majoriti etnik Cina manakala BN/UMNO terus unggul di kawasan luar bandar dan majoriti etnik Melayu. Kemudian apabila BERSATU keluar daripada PH dan membentuk Perikatan Nasional (PN) bersama-sama dengan BN/UMNO, PAS, GPS dan GBS yang menguasai Kerajaan Persekutuan pada Mac 2020 maka Kerajaan Negeri Melaka juga jatuh daripada PH kepada PN yang diketuai BN hasil daripada lompat parti oleh dua ADUN BERSATU, satu ADUN PKR dan satu ADUN DAP menjadikan PN menguasai 17 kerusi DUN manakala PH hanya tinggal 11 kerusi DUN. Begitulah ilmu politik, tiada yang mustahil dan politik itu sendiri bersifat dinamik, berseni dan kadang-kadang sukar dijangka. Dengan itu, semua pihak perlu menerima keputusan politik rakyat Melaka ini dan memberi peluang kepada pimpinan Kerajaan Negeri untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pemerintah di negeri ini untuk melaksanakan manifesto atau ‘aku janji’ sepanjang lima tahun pemerintahan mereka di negeri bersejarah ini.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Junaidi Awang Besar. (2024). MELAKA DALAM GEOPOLITIK MALAYSIA PADA PRA PRU-14, PRU-14 DAN PASCA PRU-14. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(24). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2156
Issue
Section
Articles