KEDUDUKAN DAN PERANAN PENASIHAT MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK DALAM SISTEM KEADILAN JENAYAH KANAK-KANAK DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN

Authors

  • Norazla Abdul Wahab Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah dan undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selang
  • Nur Zulfah Md Abdul Salam Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah dan undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selang
  • Hammad Mohamad Dahalan Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah dan undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selang

Abstract

Penubuhan Mahkamah bagi kanak-kanak (MBKK) dalam sistem keadilan jenayah kanak-kanak adalah bertujuan untuk memberikan perlindungan undang-undang terhadap kanak-kanak. Mahkamah ini dianggotai oleh seorang Majistret dan dibantu oleh dua orang penasihat yang salah seorang daripada mereka adalah seorang wanita seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 11(2) Akta kanak-kanak 2001 (AKK 2001). Penasihat MBKK adalah berperanan untuk menasihati Majistret dalam memberikan perintah kepada kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang dan jika perlu menasihati ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut. Namun Sekyen 11 AKK 2001 ini merupakan peruntukan tunggal berkaitan penasihat MBKK di Malaysia. Selain peruntukan undang-undang yang terlalu umum, tidak ada garis panduan atau peraturan-peraturan yang menjelaskan mekanisme pelaksanaan tugas, pelantikan, kriteria lantikan dan keperluan latihan penasihat MBKK. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang berkaitan dengan kedudukan dan peranan penasihat MBKK. Analisis dibuat terhadap dokumen perundangan dan jurnal akademik. Temubual separa struktur turut dijalankan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan lima orang penasihat MBKK (mewakili kawasan bandar dan luar bandar) bagi mengenalpasti isu dan cabaran yang dihadapi penasihat MBKK. Kajian mendapati kedudukan dan peranan penasihat MBKK adalah diiktiraf dan ia telah wujud sejak 1947 di dalam Akta Mahkamah Juvana 1947. Beberapa isu dan cabaran telah dikenalpasti antaranya berkaitan bidang kuasa, struktur governan, mekanisme pelaksanaan tugas, kriteria lantikan,pelantikan PMBKK, modul serta latihan bagi penasihat MBKK. Ketiadaan garis panduan, peraturan-peraturan khusus atau manual berkaitan mekanisme pelaksanaan tugas telah membataskan fungsi dan peranan PMBKK di dalam prosiding MBKK. Kajian ini adalah signifikan dalam mencadangkan kerangka penambahbaikan penasihat MBKK sekaligus menambah wibawa serta meningkatkan professionalism mereka selain dapat berperanan secara efektif di dalam sistem keadilan jenayah kanak-kanak di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Norazla Abdul Wahab, Nur Zulfah Md Abdul Salam, & Hammad Mohamad Dahalan. (2024). KEDUDUKAN DAN PERANAN PENASIHAT MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK DALAM SISTEM KEADILAN JENAYAH KANAK-KANAK DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(24). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2158