PENGARUH PROGRAM PEMBANGUNAN TERHADAP PILIHAN POLITIK DI KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) BATANG KALI, HULU SELANGOR, SELANGOR

Authors

  • Noor Amira Sukor Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanu
  • Junaidi Awang Besar Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanu

Abstract

Pembangunan amat berkait rapat dengan politik pilihan raya di sesuatu kawasan. Ahli politik yang menang dalam pilihan raya akan bertanggungjawab melaksanakan program pembangunan. Program pembangunan yang dilaksanakan akan dijadikan modal kempen pada pilihan raya akan datang sebagai usaha untuk mengekal atau menambah sokongan pengundi kepada ahli dan parti politik tersebut. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis politik pilihan raya dan pembangunan di kawasan DUN Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual dan pemerhatian di lapangan. Teknik menganalisis data digunakan dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 18.0. Hasil kajian mendapati bahawa 90 peratus responden berpuas hati dengan kemudahan awam iaitu pusat ibadah kerana mempunyai kemudahan yang lengkap dan selesa. Seterusnya, impak tertinggi terhadap pembangunan setempat terhadap sosioekonomi ialah 76 peratus berlakunya kesesakan lalu lintas di kawasan ini. Seterusnya, 92 peratus responden menyatakan bahawa pemimpin politik setempat terutamanya wakil rakyat perlu kreatif dan mempunyai hubungan baik dengan pimpinan politik tertinggi dan juga pemaju pembangunan agar kawasan mereka lebih maju. Hasil kajian juga mendapati bahawa 88 peratus responden akan mengundi parti politik atau kerajaan yang berjaya merancakkan pembangunan sosioekonomi dan infrastruktur di kawasan ini. Kesimpulannya, kajian ini penting kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, menambah data berkaitan kajian politik pilihan raya, menambah sumber rujukan kepada semua pihak, menjadi panduan kepada pihak yang berkaitan dan strategik pelaksanaan dasar awam dan gerak kerja dalam pentadbiran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Noor Amira Sukor, & Junaidi Awang Besar. (2024). PENGARUH PROGRAM PEMBANGUNAN TERHADAP PILIHAN POLITIK DI KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) BATANG KALI, HULU SELANGOR, SELANGOR. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(25). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2162