TREND PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA UMUM 1986-2018 DI MALAYSIA BERDASARKAN PEMETAAN GEOGRAFI
Abstract
Malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang mempunyai sistem pilihan raya first past the post iaitu penentuan kemenangan dalam pilihan raya berlandaskan kepada majoriti mudah. Keputusan pilihan raya disebabkan oleh faktor tertentu dan akan membentuk pola pengundian tertentu. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis trend pengundian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1986-2018 di Malaysia berdasarkan pemetaan geografi. Penulisan artikel ini adalah berdasarkan kepada data keputusan PRU 1986-2018, pemerhatian di lapangan ketika pilihan raya dan penghasilan peta taburan geografi keputusan PRU bagi Parlimen dan DUN dengan menggunakan perisian ArcGIS serta dianalisis berdasarkan sumber sekunder yang berautoriti. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa elemen geografi yang dapat dikaitkan dengan keputusan dan pola pengundian iaitu dari segi lokasi dan kewilayahan. Pola pengundian antara lapan PRU tersebut menunjukkan berlakunya turun-naik atau pendulum berdasarkan pencapaian jumlah kerusi sama ada Parlimen dan DUN antara parti pemerintah yang sejak sekian lamanya (1955-2013) iaitu Perikatan/Barisan Nasional (BN) dengan parti pembangkang seperti DAP, PAS, PKR dan lain-lain. Dinamika sokongan ini disebabkan oleh antaranya faktor geografi dan faktor lain seperti isu, kepemimpinan, etnik, pengalaman memerintah, media, fahaman kepartian, faktor sosiologi dan pilihan rasional. Justeru, diharapkan agar impak penulisan artikel ini dapat memberikan dimensi baru pemikiran politik pilihan raya yang dinamik serta berstrategi dan berseni ini demi kuasa serta dapat menambahkan lagi data dan maklumat kajian yang berkaitan dengan politik pilihan raya dan geografi pilihan raya.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Junaidi Awang Besar, Ahmad Rizal Mohd Yusof, Nasir Nayan, Siti Noranizahhafizah Boyman, Mazlan Ali, & Aajirah Hanim Abdul Halim. (2024). TREND PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA UMUM 1986-2018 DI MALAYSIA BERDASARKAN PEMETAAN GEOGRAFI. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(25). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2163
Issue
Section
Articles