PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PERKHIDMATAN PENGINAPAN KEDIAMAN JANGKA PENDEK DI MALAYSIA
Abstract
Perkhidmatan Penginapan Kediaman Jangka Pendek (STRA) adalah suatu perniagaan dan aktiviti di mana pemilik premis kediaman atau wakil ejen rumah mengendalikan sewa jangka pendek dan menyenaraikan tempat tinggal mereka di platform digital seperti Airbnb, Agoda, Booking.com dan lain lain. Perkhidmatan ini telah berjaya mencipta peluang perniagaan dan memberikan pilihan kepada pelancong apabila membuat tempahan penginapan semasa bercuti di Malaysia. Walaubagaimanapun, perkhidmatan STRA ini telah menimbulkan isu yang melibatkan perundangan seperti aspek perlesenan, pendaftaran perniagaan, isu keselamatan dan kacau ganggu kepada persekitaran kejiranan. Kaedah kualitatif digunakan dalam kajian ini menggunakan analisis dokumen terutamanya undang-undang yang berkaitan di Malaysia. Kajian ini akan mengenalpasti undang-undang umum yang terpakai terhadap perkhidmatan ini terutama yang melibatkan pengurusan strata. Suatu perundangan khas perlu diwujudkan bagi mengawal selia perkhidmatan STRA agar ia lebih jelas dan harmoni agar ia seiring dengan menyokoing pertumbuhan ekonomi industri pelancongan di Malaysia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Mohd Syahril Ibrahim, & Azlina Mohd Hussian. (2024). PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PERKHIDMATAN PENGINAPAN KEDIAMAN JANGKA PENDEK DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(25). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2166
Issue
Section
Articles