PANDEMIK COVID-19: KESAN TERHADAP KADAR INDEKS JENAYAH DI MALAYSIA
Abstract
Serangan pandemik Covid-19 telah membawa perubahan yang besar terhadap masyarakat dunia apabila semua pejabat dan sekolah ditutup, aktiviti sosial dan keagamaan dijadikan larangan, kawalan pergerakan dan juga dihadkan penjarakan social.Tindakan ini secara secara tidak langsung memberi implikasi yang besar terhadap negara dan penduduknya dari segi politik,ekonomi, sosial, budaya dan sebagainya. Aspek utama yang menjadi perhatian rakyat pada masa yang kritikal ini adalah aspek kesihatan dan juga keselamatan. Malaysia tidak terkecuali dari melaksanakan pelbagai langkah, strategi dan tindakan yang dirasakan perlu bagi mencegah penularan wabak ini dengan tujuan menjaga keselamatan rakyat. Artikel ini melihat implikasi kawalan pergerakan khususnya terhadap kadar indeks jenayah di Malaysia semasa pandemik pada tahun 2020. Walaupun kadar indeks jenayah mengalami penurunan hampir 50% namun tidak semua jenis jenayah mengalami penurunan walaupun strategi kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipercayai menjadi punca utama penurunan kes jenayah. Kajian ini akan mengunakan data-data diperoleh daripada data sekunder iaitu melalui bahan-bahan akademik seperti blog penulisan ilmiah, jurnal, keratan-keratan akhbar, dan buletin-buletin agensi berkaitan yang membincangkan tentang isu jenayah di Malaysia dan dunia akan mengupas mengenai isu jenayah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Suhaila Ibrahim, & Ishak Haji Abd Rahman. (2024). PANDEMIK COVID-19: KESAN TERHADAP KADAR INDEKS JENAYAH DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(25). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2168
Issue
Section
Articles