PROFESIONALISME HAKIM SYARIE MAHKAMAH SYARIAH MENURUT PERSPEKTIF PERUNDANGAN ISLAM

Authors

  • Zulzaidi Mahmod Department of Shariah and Law, Academy of Islamic Studies, Universiti of Malaya, Malaysia
  • Ahmad Hidayat Buang Profesor, Department of Shariah and Law, Academy of Islamic Studies, Universiti of Malaya, Malaysia

Abstract

Profesionalisme penjawat awam dalam kerajaan di Malaysia merupakan perkara penting kepada proses penyampaian perkhidmatan kerajaan. Mahkamah Syariah merupakan agensi kerajaan yang telah menempatkan pegawai bagi melaksanakan fungsi kehakiman termasuk Hakim Syarie. Perjawatan Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Negeri diwujudkan untuk memastikan proses keadilan dilakukan oleh personel yang profesionalisme, kompeten dan berkualiti. Walau bagaimanapun bagaimanakah pendekatan yang digariskan oleh perundangan Islam bagi memastikan hakim yang dilantik mempunyai profesionalisme dalam pelaksanaan tugas kehakiman. Perkara ini perlu dilihat melalui proses pelantikan tugas kehakiman Syariah di Malaysia. Penulisan makalah ini dilakukan bertujuan melihat Profesionalisme Hakim Syarie menurut perspektif perundangan Islam yang diaplikasikan di Mahkamah Syariah. Pendekatan metodologi yang digunapakai bagi kertas kerja ini ialah pendekatan kualitatif. Hasil penyelidikan mendapati bahawa perundangan Islam telah meletakkan nilai Profesionalisme dalam proses penghakiman hakim. Perbincangan Fiqh al-Qada’ telah meletakkan asas kepada pelantikan al-Qadi. Perkara ini diaplikasikan di Mahkamah Syariah di Malaysia melalui pelantikan Hakim Syarie dan proses penghakiman yang diperuntukkan oleh undang-undang dan pemakaian arahan amalan. Kompetensi Hakim Syarie melalui pelantikan dan pengetahuan kehakiman merupakan asas nilai profesionalisme bagi tujuan ketelusan penyampaian perkhidmatan kehakiman Syariah di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Zulzaidi Mahmod, & Ahmad Hidayat Buang. (2024). PROFESIONALISME HAKIM SYARIE MAHKAMAH SYARIAH MENURUT PERSPEKTIF PERUNDANGAN ISLAM . INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(26). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2169