‘PINJAMAN PERSAHABATAN’: SATU KAJIAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
Abstract
Institusi kewangan yang berlesen yang ditubuhkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 di Malaysia akan memberi pinjaman kewangan dengan kadar bunga yang ditentukan oleh undang-undang dan perintah arahan daripada Bank Negara Malaysia kepada peminjam. Namun demikian, bukan semua peminjam mampu untuk membayar kadar bunga yang dianggap tinggi dan membebankan. Oleh itu, undang-undang di Malaysia membenarkan pinjaman persahabatan, iaitu pemberi pinjaman akan memberi pinjaman kewangan kepada penerima pinjaman tanpa dikenakan kadar bunga atau pada kadar yang minimal. Kajian ini akan berfokus pada sejauh manakan isu undang-undang pengamalan pinjaman persahabatan di Malaysia dan sama ada peruntukan undang-undang dan polisi semasa dapat melindungi kepentingan kedua-dua pemberi dan penerima pinjaman persahabatan. Kajian ini adalah bersifat kualitatif dan melibatkan kajian perpustakaan. Hasil kajian ini akan melihat aspek isu perundangan agar melindungi kepentingan kedua-dua pemberi dan penerima pinjaman persahabatan. Malah, Malaysia juga boleh bertimbang untuk mewujudkan suatu undang-undang khas mengenai pinjaman persahabatan dan dikawal selia oleh pihak yang berkuasa.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Wong Hua Siong. (2024). ‘PINJAMAN PERSAHABATAN’: SATU KAJIAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 6(26). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2173
Issue
Section
Articles